suria

“Tidurlah sayang... rehatlah sayang” - Bayi perempuan Ali Puteh meninggal dunia

Anak kedua Ali Puteh meninggal dunia pada Selasa.

SELEPAS tiga bulan bertarung nyawa akibat masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang, anak kedua kepada pelawak Ali Puteh iaitu Sharifah Nur Ainul Mardhiah disahkan meninggal dunia pada Selasa.

Berita sedih itu dikongsikan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menerusi Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ali Puteh alami masalah injap jantung terbalik - “Jika ada rezeki menang MLS 2019, duit itu untuk rawatan anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ali Puteh kritikal selepas 12 jam pembedahan injap jantung terbalik - “Hanya mampu berdoa keajaiban Allah”

"Salam semua... nak beritahu kepada semua anak saya Sharifah Nur Ainul Mardhiah dah kembali kepada penciptaNya.

Ali berkongsi berita duka menerusi posting di laman Instagram miliknya pada Selasa.

"Sedekah Al-Fatihah buat anak syurga ini.

"Tunggu walid dan ibu di sana... tidurlah sayang. Rehatlah sayang. Syurga tempat kamu sayang! Allahuakbar," tulisnya.

Terdahulu, Ali berkata anaknya itu mengalami masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang sejak dilahirkan pada 6 Ogos lalu.

Tunggu walid dan ibu di sana... tidurlah sayang. Rehatlah sayang. Syurga tempat kamu sayang! Allahuakbar.

Ali Puteh

Pelawak

Bayi itu kemudiannya menjalani pembedahan berikutan masalah injap jantung terbalik pada 11 November lalu.

Bagaimanapun arwah dikhabarkan mengalami komplikasi pada paru-paru selepas selesai pembedahan.

Sementara itu, netizen termasuk rakan-rakan artis seperti Amyza Adnan, Rody Kristal, Shiha Zikir dan ramai lagi menzahirkan rasa sedih dengan ucapan takziah.

Ali Puteh, meninggal dunia

Artikel Lain