suria

“Eh bodohnya mak bapak macam ni... siapa tak panas?” - Fizi Ali ditegur cara jaga anak dengan kata-kata kesat

Fizi kesal netizen guna kata kesat beri cadangan untuk membesarkan anak.

PENYAMPAI radio Suria FM, Fizi Ali meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang tidak memberikan dia dan isteri iaitu pelakon Shakilla Khoriri ruang dalam membesarkan cahaya mata mereka, Ameena Sofia dengan cara tersendiri.

Fizi, 30, berkata, sikap segelintir netizen membuat teguran kasar dan menggunakan kata-kata kesat telah menggores perasaan dia dan isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali berat hati tinggalkan isteri dan anak

"Kita orang sudah biasa kena bodoh dengan netizen. Antaranya ada sebuah video yang netizen mesej cakap 'eh bodohnya Fizi, tak nampak ke belakang tu tinggi', walhal sini ada cermin. Mesej peribadi kami penuh dengan mesej teguran begitu dan begini. Ada sesetengah cadangan tu kalau macam baik kita boleh ambil.

"Cuma tu ada yang mula dengan ayat macam 'eh, bodohnya mak bapak macam ni'. Kita rasa panas kan? Cuba cakap bagi ayat yang lembut sikit," katanya kepada mStar. 


Fizi berpendapat bahawa sesiapa pun mempunyai cara tersendiri dalam membesarkan anak masing-masing.

Pada Ahad, video perkongsian Fizi yang menyaksikan dia mengangkat Ameena di bahu dengan berlatar belakangkan pemandangan tinggi menerima kecaman netizen.

Segelintir warganet memberi komen secara kasar dengan memanggil dia dan isterinya sebagai bodoh dalam membesarkan anaknya Ameena.

Fizi berkata, sesiapa pun memiliki cara yang tersendiri dalam membesarkan anak masing-masing. 

"Orang besarkan anak ni dengan pelbagai cara berbeza.

"Mungkin ada cara kami yang tak berapa betul, tak ada masalah boleh sahaja tegur dan betulkan. Cuma ayat pembuka cadangan tu biarlah lembut.

Mungkin ada cara kami yang tak berapa betul, tak ada masalah, boleh sahaja tegur dan betulkan. Cuma ayat pembuka cadangan tu biarlah lembut.

Fizi Ali

Penyampai Radio Suria FM

"Kadang-kadang, netizen punya kasar ni dia ingat kita tak boleh kenal dia tau," ujarnya. 

Dalam pada itu, Fizi berkata, tindakan segelintir netizen yang kerap melontarkan kata-kata negatif kepada selebriti di laman sosial kerana ingin mendapatkan perhatian. 

"Mungkin agaknya sebab kita tak reply dm menyebabkan dia cuba provok sampai kita balas

"Mungkin mereka mahukan perhatian sehingga sanggup bersikap kurang ajar di laman sosial supaya selebriti tu sedar kewujudan mereka," katanya.

Fizi Ali

Artikel Lain