suria

Curang! Kekasih Afieq Shazwan main kayu tiga - “Tak sangka depan mulut manis, belakang ada skandal lain”

Afieq Shazwan mengakui pernah dicurangi bekas kekasih.

GARA-GARA pernah dicurangi bekas kekasih, penyanyi Afieq Shazwan berkata pintu hatinya pernah tertutup untuk mengenali mana-mana wanita selama dua tahun.

Menurut Afieq, 22, teman wanitanya itu bermain kayu tiga dan berlaku curang di belakangnya sehinggalah segala pembohongan itu terbongkar.

"Ceritanya... tiga tahun lalu saya pernah menjadi mangsa wanita yang berpura-pura setia namun hakikatnya ada hubungan dengan lelaki lain, tak sangka depan kita mulut manis, rupanya ada skandal lain sehinggalah segalanya terbongkar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto di gim, Afieq Shazwan tiada niat menunjuk-nunjuk

ARTIKEL BERKAITAN: Besarnya rumah Afieq Shazwan... dah macam istana, siap ada zoo mini lagi!

"Selalu kita dengar lelaki sahaja yang curang, tapi hakikat sebenarnya perempuan pun ada perangai macam itu dan mereka lebih licik. Pengalaman lampau itu menyebabkan saya jadi takut nak menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana perempuan.

"Agaknya muka saya ni memang untuk kena game je kut! Tapi itu semua cerita lama, sekarang ni saya semakin okay dan belajar banyak mengenai perhubungan!," katanya kepada mStar.

Pengalaman dicurangi kekasih membuatkan Afieq lebih berhati-hati dalam perhubungan selepas ini.

Sementara itu, Afieq memberitahu lagu terbaharu nyanyiannya featuring Malik Abdullah berjudul Lelaki Di Telefon mempunyai kaitan dengan pengalaman hidupnya yang pernah dicurangi teman wanita.

Lagu dan lirik ciptaan DJ Fuzz dan Aziquebeats serta Waris dan Mambang itu mengisahkan tentang seorang perempuan yang tidak setia terhadap kekasihnya.

Pengalaman lampau itu menyebabkan saya jadi takut nak menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana perempuan!

AFIEQ SHAZWAN

Penyanyi

"Lagu itu ada kaitan dengan kisah cinta saya dulu. Jarang orang buat lagu tentang teman wanita curang dan rasanya kali ini tak salah kita berkongsi realiti sebenar.

"Sajalah nak usik-usik perempuan yang curang, siapa makan cili dia rasa pedas! Cuma apa yang boleh saya kata, ada maksud tersirat dalam lagu ini namun disampaikan dengan muzik yang lebih catchy dan santai," ujarnya.

Afieq kini sedang berkawan rapat dengan penyanyi Wani Kayrie.

Meskipun lagu dan video muzik baharu sahaja dilancarkan pada Khamis, ada penonton yang menyamakan rentak muzik lagu tersebut dengan lagu nyanyian Andi Bernadee berjudul Satu Peluang.

"Sejujurnya saya tak tahu pula kalau ada persamaan dengan lagu Andi... mungkin rentak muzik pop raggaeton itu membuatkan ada pendengar yang rasa macam sama.

"Untuk lagu ini kami mengangkat genre muzik tersebut kerana mahu lagu itu jadi lebih fun dengan tempo lebih sesuai untuk menari.

"Sebenarnya, sudah lama saya ingin menyanyikan lagu bergenre begini dan harap pendengar menyukai Lelaki Di Telefon," katanya.

Afieq Shazwan, Lelaki Di Telefon

Artikel Lain