suria

“Tak adil tuding keluarga saya sahaja, mereka pun sama” - Neelofa dituduh campur urusan kakak dan Sharnaaz

Neelofa beri sokongan dan semangat kepada kakaknya Nabila ketika berdepan masalah rumah tangga dengan Sharnaaz Ahmad.

PENGACARA dan pelakon Neelofa berpendapat adalah tidak adil sekiranya dia dituduh sering mencampuri urusan rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, sebagai adik kepada wanita itu, dia juga yakin ahli keluarga Sharnaaz Ahmad turut melakukan perkara sama iaitu meluahkan sokongan di media sosial.

“Saya rasa tak adil jika nak tuduh keluarga saya masuk campur dalam urusan Nabila kerana dia adalah kakak saya dan anak kepada ibu saya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak masuk akal” - Neelofa dikaitkan keretakan rumah tangga Noor Nabila dan Sharnaaz

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa kahwin elok, nak cerai gaduh-gaduh kata Sharnaaz! Nabila pula menangis demi Jebat

“Saya pasti keluarga dia (Sharnaaz) juga bersuara di media sosial dan buat benda yang sama.

“Jadi tak adil untuk menuding jari kepada sebelah pihak kerana kami dua-dua sama. Menyokong dan bersuara. Jadi sama saja,” ujarnya kepada mStar.

Neelofa memberikan sokongan moral dan semangat kepada kakaknya, Noor Nabila.

Neelofa ditemui ketika sidang media majlis pelancaran kasut khas Neelofa oleh Giuseppe Zanotti di Pavillion pada Khamis.

Dalam pada itu, Neelofa turut meluahkan rasa simpati terhadap perkahwinan kakaknya itu.

Neelofa juga kesal dengan tindakan Sharnaaz Ahmad yang memilih untuk memanjangkan persengketaan apabila enggan melepaskan Nabila dengan cara mudah.

Saya harap Noor Nabila akan lebih bersedia dalam membuat sebarang keputusan selepas ini terutamanya jika ingin berkahwin lagi!

NEELOFA 

PELAKON

“Saya sebagai adik dan juga housemate kakak, tentunya saya rasa ia agak berlarutan yang terpaksa ditanggungnya.

“Saya kesiankan dia kerana perkara ini dipanjangkan. Sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah dan singkat tapi atas sebab-sebab tertentu benda ini dipanjangkan dan dirumitkan.

“Namun untuk kakak saya, proses sebegini membuatkan dia lebih matang dan percayalah, lebih banyak yang perlu ditempuhinya dalam masa beberapa bulan sebelum perbicaraan kes itu berlangsung,” katanya.

Neelofa berkolaborasi bersama jenama kasut mewah dari Itali, Giuseppe Zanotti yang tampil dengan dua rekaan eksklusif.

Selain itu, Neelofa turut menasihati Noor Nabila untuk lebih berhati-hati terutamanya dalam membuat keputusan berkaitan perkahwinan.

“Saya harap dia akan lebih bersedia dalam membuat sebarang keputusan selepas ini terutamanya jika dia mempertimbangkan untuk berkahwin lagi.

“Kami sekeluarga sememangnya sangat supportive. Bukan hanya saya tetapi juga ahli keluarga, sepupu malah kawan-kawan yang sentiasa ada untuknya.

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini, Nabila gembira, dia sudah memulakan kehidupan yang baru dan kami semua sayangkan Jebat,” katanya.

Sharnaaz sebelum ini enggan menceraikan Nabila kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu.

Pada 11 September lalu, Sharnaaz bertukar fikiran dan enggan menceraikan isterinya, Noor Nabila kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan satu JKP dibentuk selepas Sharnaaz enggan menceraikan isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang mereka bina sejak dua tahun lalu.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis pada 31 Mac 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden, Ogos tahun lalu.

Neelofa, Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila

Artikel Lain