suria

“Aku pakai bukan kerana taasub agama atau fesyen” - Erma Fatima kini berpurdah?

Erma Fatima akui selesa memakai purdah.

PENGARAH dan pelakon Erma Fatima menjelaskan dia memakai purdah bukan kerana taasub agama apatah lagi kerana terikut-ikut fesyen.

Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 51, dia sebaliknya menutup bahagian muka kerana menunjukkan rasa hormat apabila bertemu agamawan terutama dari Timur Tengah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pakai handbag, kereta mewah tapi hasil duit haram!” - Erma Fatima 'mencelah' kisah Umie Aida dikhianati sahabat

ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima harap Citra tidak minat berlakon

“Bila pakai niqab dia kata Islam ekstrem, dia kata fesyen, dia kata taasub.

Erma berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

“Aku pakai bukan kerana ekstrem apatah lagi menganggap niqab itu fesyen. Salah tu.

“Aku pakai kerana itulah adab bila berjumpa habib atau ulama dari luar terutama dari Arab. Itu peradaban mereka yang harus dihormati, ujarnya.

Erma berkongsi perkara itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Erma yang juga kakak kepada pelakon Datin Seri Umie Aida berkata, dia maklum pemakaian purdah bukanlah sesuatu kewajipan namun berharap masyarakat tidak mempertikaikan imej itu.

Aku pakai kerana itulah adab bila berjumpa habib atau ulama luar terutama dari Arab. 

ERMA FATIMA

PENGARAH

Malah, Erma memberitahu keputusan seseorang untuk berpurdah tidak perlu dipertikaikan jika perkara itu membuat mereka berasa selesa.

“Memang dalam Al-Quran tak suruh pakai niqab tapi kalau mereka dah rasa selesa kenapa mesti kita pertikaikan?

“Melindungi wajah dari pandangan yang boleh mengundang dosa takkan jadi satu kesalahan?

“Susah juga jadi netizen yang cari salah orang saja. Masalah besar kalau hati dalam fikiran kita 24 jam negatif. Kena ubat cepat-cepat sebelum parah sebab tak ada pakar dalam dunia boleh ubatkan penyakit hati ini,” ujarnya lagi.

Erma Fatima, berniqab

Artikel Lain