suria

Persembahan tiada kelainan punca Roy tersingkir GV6 - “Minggu ke minggu dia di situ sahaja”

Roy gagal meneruskan perjuangan minggu depan.

TIADA kelainan membuatkan peserta pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) iaitu Roy gagal meneruskan perjuangan pada konsert kelapan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada Ahad.

Roy yang membawakan lagu Seniman Menangis menerima markah sebanyak 55 peratus daripada juri sekaligus menjadikannya menduduki prestasi terendah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan lagi! GV6 dilanjutkan selama 11 minggu, tiada penyingkiran minggu ketujuh

Menurut juri tetapnya, Datuk Ramli MS, dia melihat persembahan Roy stagnant dan tidak ada warna membuatkan persembahannya pada malam itu tiada pembaharuan.

“Roy tersingkir kerana stagnant. Tiada pembaharuan atau warna dari segi persembahan.

“Kita melihat dari minggu ke minggu di situ sahaja. Jadi kami sebagai juri sepakat dengan pemberian markah.

“Sejujurnya jika dia nyanyi lagu apa sahaja pun saya okay asalkan setiap peserta itu berkarya dalam persembahan mereka.

“Tapi persembahan dia, saya boleh kata its just okay. Saya perasan dia asyik ulang benda sama. Sepatutnya sekali sahaja dah okay tapi not all the time,” katanya kepada mStar.


Peserta yang layak ke minggu depan.

Sementara itu, peserta yang mara ke minggu hadapan ialah Wann, Norshila Amin, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Hady Mirza, Jatt Black Dog Bone, dan kumpulan One Nation Emcee.

Pada minggu suku akhir, minggu depan kesemua peserta akan mempersembahkan lagu bertemakan lagu  dari komposer dulu dan sekarang.

Selain Ramli atau Tok Ram, kesemua peserta diadili seorang lagi juri tetap iaitu Hetty Koes Endang selain komposer lagu terkenal, Fauzi Marzuki dan pelakon Datuk Tamimi Serigar sebagai juri jemputan.

GV6 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Dalam pada itu, penyanyi Datuk M Daud Kilau menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.

Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Roy manakala Anugerah Bintang Cili Padi pula dimenangi oleh Naqiu Boboy.

GV6 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim keenam bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Roy, GV6

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan