PELAWAK dan pengacara terkenal, Jihan Muse berpendapat keputusan pihak produksi untuk melanjutkan program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) daripada lapan minggu ke 11 minggu tidak seharusnya dipersoalkan mana-mana pihak. Menurut Jihan, ia sebaliknya adalah keputusan terbaik yang dibuat dan peluang kepada para peserta yang perlu digunakan sebaik mungkin dalam menonjolkan lagi bakat mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan lagi! GV6 dilanjutkan selama 11 minggu, tiada penyingkiran minggu ketujuh ARTIKEL BERKAITAN: Kes dah selesai baru 'tunjuk muka'? Aishah sindir Jihan Muse... “Konon nak beri kerjasama, hidup penuh lakonan” “GV adalah suatu program yang ratingnya sangat tinggi. Free appearance untuk 13 minggu kot! Jihan Muse dan Nabil Ahmad merupakan pengacara bagi program Gegar Vaganza musim keenam. “Ia tak sepatutnya jadi masalah kerana ini adalah peluang untuk peserta tunjukkan muka dan kerjaya untuk muncul selepas itu adalah lebih besar. “Mereka perlu hargai dan challenge diri mereka untuk berikan yang terbaik,” katanya kepada mStar. Dalam perkembangan lain, Jihan memberitahu dia tidak pernah berhasrat untuk berehat dari mengacarakan program realiti nyanyian Gegar Vaganza meskipun sudah enam musim mengacarakan program berkenaan. Menurut Jihan, ia adalah rezeki dan akan sentiasa terbuka untuk menerima sebarang tawaran pengacaraan. Kalau nak dibandingkan antara orang suka dengan orang tidak suka, hanya segelintir sahaja yang tidak suka. JIHAN MUSE Pelawak dan pengacara “Sejujurnya untuk program GV saya tak pernah terfikir untuk berehat pun. Sebab kalau nak dibandingkan antara orang suka dengan orang tidak suka, hanya segelintir sahaja yang tidak suka. “Walaupun dah masuk musim kelima sebelum ni, sebenarnya saya dah agak risau. Sejauh mana ia boleh pergi. Tapi bila dah masuk musim keenam ini, tak sangka ia masih diterima dan ada kelainan,” ujarnya lagi.