JIKA segelintir ibu bapa tidak membenarkan bayi mereka disentuh orang ramai, berbeza buat pelakon yang baharu bergelar ibu iaitu Elfira yang lebih memilih untuk menjaga hati. Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, dia tidak akan menghalang sesiapa dari mendekati anaknya namun ibu bapa seharusnya lebih bijak memainkan peranan dalam menjaga kebersihan bayi mereka. ARTIKEL BERKAITAN: “Kerja complain je kat mama” - Nada suara ‘malas nak layan’ suami Elfira Loy jadi bahan netizen buat spekulasi hal rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Elfira Loy selamat jadi ibu kepada bayi lelaki Ini kerana, Elfira berkata, tidak semua ibu bapa peka mengenai penyakit berjangkit yang boleh menyerang bayi melalui bersentuhan. Elfira masih cuba menyesuaikan diri dengan panggilan baharu yang agak asing buatnya. "Tak adalah setiap kali orang datang nak peluk cium dia saya nak kena beritahu fasal benda tu atau halang mereka. "Benda begini sudah berleluasa dan mereka semua pun dah tahu yang baby masih fragile dan kita tak tahu kalau-kalau dia ada kulit yang sensitif atau apa. Saya cuma harap yang mereka faham. Ada saja yang datang, pegang dan cium dia tapi kalau saya cakap nanti buat mereka sakit hati saja. "Jadi apa yang selalunya saya terus cuci tangan dan muka anak saya," katanya kepada mStar. Selain itu, Elfira berkata, dia dan bayi berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh berpantang malah gembira dengan pengalaman baharu yang dilaluinya itu. Sementara itu, mengulas mengenai kenyataannya yang beberapa kali tersasul membahasakan dirinya kakak kepada anaknya itu, Elfira menganggap ia perkara yang tidak seharusnya dijadikan isu. Ada saja yang datang, pegang dan cium dia tapi kalau saya cakap nanti buat mereka sakit hati saja. ELFIRA LOY Pelakon Menurut Elfira, anaknya itu adalah kehadiran bayi pertama dalam keluarga dan masih cuba menyesuaikan panggilan baharu kerana sudah terbiasa dengan panggilan kakak sebelum ini. “Mengenai isu itu, tiada apa-apa serius yang perlu diviralkan. Ahli keluarga saya semuanya sedang menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi dalam kelurga kami. “Al maklumlah... cucu pertama, anak saudara pertama. Saya pun tak pernah ada anak buah yang nak panggil saya mama atau aunty El. “Selama baby dalam perut pun saya selalu bercakap dengan kucing saya dan saya akan bahasakan diri sebagai kakak. Perkataan kakak itu sudah terbiasa membuatkan saya selalu gunakan perkataan itu,” ujarnya. Elfira dan Faris Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris.