suria

“Terkena sup panas, Da'i Farhan tetap senyum” - Berkenalan ketika tunai umrah, Isteri Lan Solo dedah sikap ustaz sensasi bersama isteri keduanya

Foto kenangan Sheila dan Lan Solo (kiri) dan bersama Da'i Farhan dan isteri ketika di Makkah.

ISTERI kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim mendedahkan dia mengenali pasangan kontroversi Da'i Farhan dan isteri keduanya, Aireen.

Menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram, Sheila berkata mereka berkenalan sewaktu bersama-sama menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah pada September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Farhan dedah 18 wanita ajak kahwin terpaksa tolak! - “Calon ke 19 saya tiada kekuatan nak tolak kerana di Makkah”

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Farhan buat laporan polis dan saman rakan baik isterinya - “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dapat mudarat”

"Throwback dengan Da'i Farhan dan kak Aireen.

"Kami kenal dekat Makkah... masa sama-sama pergi umrah hari tu. Panjang jodoh kami (terserempak di Bazaar Primawalk).

"Naik gua Hira’ sama-sama, makan nasi unta sama-sama walaupun ustaz terkena curahan sup panas, tetap senyum," ujarnya.

Sheila bergambar kenangan bersama Da'i Farhan dan isterinya, Aireen.

Sheila berkongsi mengenai keperibadian pasangan itu di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Sementara itu, Sheila ketika dihubungi mStar enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu namun menyifatkan pasangan suami isteri itu memiliki keperibadian yang sangat baik.

"Tak naklah komen apa-apa. Sebab kami kenal pun masa sama-sama pergi umrah.

"Dua-dua baik," ujarnya ringkas.

Terdahulu, Nik Farhan menjadi perhatian apabila memuat naik sebuah posting mengenai keikhlasannya berkahwin dengan seorang janda anak lapan di Makkah.

Kami kenal dekat Makkah... Naik gua hira’ sama-sama, makan nasi unta sama-sama walaupun ustaz terkena curahan sup panas, tetap senyum.

SHEILA HASSIM

Isteri Lan Solo

Bagaimanapun, kisah itu menimbulkan kemarahan ramai apabila seorang kenalan rapat isteri pertama Nik Farhan dikenali sebagai Ches Al-Maliki mendedahkan kononnya perkahwinan kedua itu sebenarnya berlaku tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Lebih memeritkan apabila isteri pertama yang dikenali sebagai Fatin itu kini sedang sarat hamil anak kedua dan dijangka bersalin awal Januari depan.

Menepis dakwaan itu, Nik Farhan menjelaskan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu adalah fitnah yang berkemungkinan dengan niat membalas dendam terhadapnya.

Susulan itu, Nik Farhan membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap wanita berkenaan selain beberapa individu lain.

Sheila Hassim, Lan Solo, Dai Farhan

Artikel Lain