suria

“Inilah hakikat akhir zaman, jujur macam mana pun tetap disalah erti” - Da'i Farhan kesal keikhlasan dipandang sinis, mahu jalani hidup dengan tenang

Farhan menafikan dakwaan dia berkahwin dengan janda anak lapan tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

KISAH rumah tangga juara program Da'i musim kedua, Nik Ahmad Farhan yang berkahwin dengan janda anak lapan sebagai isteri kedua menerima pelbagai reaksi masyarakat sejak minggu lalu.

Biarpun menerima kecaman netizen, Farhan, 29, tetap bersyukur kerana masih ada segelintir masyarakat yang menerima penjelasannya secara positif.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terkena sup panas, Da'i Farhan tetap senyum” - Berkenalan ketika tunai umrah, Isteri Lan Solo dedah sikap ustaz sensasi bersama isteri keduanya

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Farhan dedah 18 wanita ajak kahwin terpaksa tolak! - “Calon ke 19 saya tiada kekuatan nak tolak kerana di Makkah”

Farhan bersyukur masih ada segelintir masyarakat yang menonton video pendedahannya secara positif. 

"Syukur Alhamdulillah, ramai warga masyarakat yang sudah menonton. Orang yang melihat dengan positif, pasti dapat yang positif.

"Orang yang lihat dengan sebaliknya, pasti dapat yang sebaliknya. Apa-apa pun, inilah hakikat akhir zaman.

"Kebaikan dan keikhlasan sering dipandang sinis oleh segelintir masyarakat. Ceritalah dengan jujur macam mana pun, tetap disalah ertikan.

"Jadi, tak mengapalah, terus melayari hidup dengan tenang, sabar dan tawakal... Insya-Allah," tulis Farhan menerusi laman Instagramnya.

Farhan menerima wanita yang ke 19 iaitu seorang janda beranak lapan selepas dipelawa 18 orang wanita yang berhasrat menjadi isteri keduanya.

Farhan turut memuat naik paparan skrin temu bual eksklusif dia bersama mStar pada 29 November lalu yang mendedahkan dia dipelawa oleh 18 orang wanita yang berhasrat menjadi isteri keduanya sebelum ini. 

Menerusi video tersebut, Farhan bagaimanapun menjelaskan dia terpaksa menolak kesemua hajat wanita itu atas dasar tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Namun, dia tidak mampu menolak takdir Allah yang menetapkan jodohnya dengan wanita bernama Aireen sebagai isteri keduanya.

Dalam pada itu, pendakwah bebas tersebut masih mengekalkan pendiriannya menutup ruang komen di laman sosialnya.

Kebaikan dan keikhlasan sering dipandang sinis oleh segelintir masyarakat. 

DA'I FARHAN

Pendakwah bebas

Sebelum ini, nama Nik Farhan menjadi perbualan hangat apabila memuat naik sebuah posting mengenai keikhlasannya berkahwin dengan seorang janda beranak lapan di Makkah.

Kisah itu menimbulkan kemarahan ramai netizen selepas seorang kenalan rapat isteri pertamanya yang dikenali sebagai Ches Al-Maliki mendedahkan kononnya perkahwinan kedua itu sebenarnya berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama.

Lebih memeritkan apabila isteri pertama yang dikenali sebagai Fatin kini sedang sarat hamil anak kedua dan dijangka bersalin awal Januari depan.

Menepis dakwaan itu, Farhan menjelaskan tuduhan yang dilemparkan itu adalah fitnah yang berkemungkinan dengan niat membalas dendam terhadapanya.

Susulan itu, Farhan turut membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap wanita berkenaan selain beberapa individu lain.

Da'i Farhan

Artikel Lain