suria

“Takkan nak flat macam wallet kamu...” - Nedim tegur netizen komen lucah pada foto Nora Danish

Gara-gara mengenakan pakaian agak seksi, Nora Danish terima kecaman netizen.

SUAMI kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri membalas komen berbaur lucah seorang netizen pada foto yang dimuat naik isterinya di laman sosial.

Menerusi posting itu, Nora mempromosikan skirt yang dipakainya bersama padanan baju T berwarna putih kelihatan agak menjolok mata.

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta perhatian untuk dapat job ke ni?” - Penampilan Fathia Latiff sambut hari jadi dikecam, pakai baju tayang dada

Foto berkenaan mengundang kritikan daripada netizen yang menganggap pemakaian itu tidak sesuai dikongsikan di media sosial.

"Is so big!," salah satu komen berbaur lucah yang ditinggalkan segelintir individu pada posting tersebut.

Nora bersama suami dan dua anak lelakinya.

Namun begitu, tindakan individu berkenaan menegur pemakaian Nora telah menimbulkan rasa kurang senang Nedim.

"Semestinya! Takkanlah nak flat macam wallet kamu. Apa-apa pun, hati-hati kemungkinan data kamu akan habis, kamu mungkin tidak cukup data sehingga hujung bulan," balas Nedim menerusi komen tersebut.

Sementara itu, ada segelintir netizen yang meminta ahli perniagaan itu agar tidak melayan komen netizen yang kebanyakannya terdiri dalam kalangan remaja.

Nedim berkata, dia sengaja membalas komen tersebut kerana berasa bosan.

Komen negatif yang ditinggalkan netizen pada posting tersebut.

Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl Nedim.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Namun mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013 dan mendapat anak lelaki, Mohamed Nedrin atau Dre.

Nora Danish, Nedim

Artikel Lain