suria

“Azar bukan punca saya bercerai, tunggu kenyataan dia dulu” - Penerbit filem berstatus bapa tunggal kini tunang Azar Azmi

Azar dipercayai melangsungkan pertunangannya dengan seorang penerbit filem pada Ahad lalu.

TUNANG kepada Azar Azmi yang dikenali sebagai Hafiz Rozlan menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan aktres itu menjadi punca perceraiannya terdahulu.

Selain itu, Hafiz, turut mengakui status dirinya adalah seorang bapa tunggal dan sudah beberapa tahun bercerai dengan bekas isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat 'style' kucing, nak bayar RM150 - Azar Azmi terima mesej lucah daripada penonton

"Apa yang saya boleh kongsi adalah saya single father. Dah bertahun dah bercerai. Itu saja yang boleh saya cakap.

Azar berkongsi video penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam majlis pertunangannya.

"Bukan Azar penyebab saya bercerai dahulu," kata Hafiz secara ringkas kepada mStar.

Sebelum ini, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 30, dikatakan sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang bapa tunggal pada Ahad lalu.

Majlis yang diadakan di Mesra Abadi 8 Wedding Venue, Keramat, Kuala Lumpur itu hanya dihadiri keluarga dan rapat rapat serta beberapa orang rakan artis.

Difahamkan, pasangan itu dijangka bertunang selama setahun dan merancang majlis perkahwinan diadakan pada penghujung tahun depan.

Apa yang saya boleh kongsi adalah saya single father. Dah bertahun dah bercerai. 

HAFIZ ROZLAN

Hafiz yang juga seorang penerbit filem itu dipercayai mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinanya sebelum ini.

Pasangan itu sudah mengenali satu sama lain sejak lima tahun lalu.

Menerusi Instagram pada Selasa, Azar berkongsi video penghargaan kepada yang terlibat dalam majlis pertunangannya.

Dalam pada itu, Hafiz memohon maaf kerana tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai majlis pertunangannya sehingga Azar mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara itu.

Hafiz dan Azar dipercayai menjalinkan hubungan cinta sejak lima tahun lalu.

"Minta maaf... Saya telah dinasihatkan untuk tidak memberi sebarang komen sehingga Azar sendiri yang mengeluarkan kenyataan," ujarnya.

Terdahulu, Azar pernah mengakui dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang namun memilih untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya.

Pengakuan tersebut dibuat selepas dia menafikan hubungan cinta itu goyah disebabkan lakonan mesra dengan Syafiq Kyle menerusi drama Nur 2.

Azar Azmi, Hafiz Rozlan

Artikel Lain