suria

“Saya okey saja... kalau marah alamatnya tak lamalah dalam industri” - Wann dikecam tak layak bertahan di GV6

Wann tidak kisah dengan tindakan mana-mana pihak yang menggunakan namanya untuk tujuan promosi.

PENAMPILAN penyanyi Wann yang mengenakan selendang dan tudung separuh pada awal kemunculannya dalam program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pernah menerima kritikan netizen.

Bagaimanapun, ada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual tudung mengikut gaya dan menggunakan nama penyanyi Bosanova itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kadang-kadang iman tak kuat... ada tersembul sikit” - Wann selesa tutup rambut dengan selendang

ARTIKEL BERKAITAN: Wann Bossanova kembali 'meneran', Ramli MS cabar penyanyi veteran - “Saya tunggu bunyi mahal daripada mereka dalam GV6”

Menurut Wann, dia tidak kisah jika terdapat mana-mana pihak yang menggunakan namanya itu menjalankan perniagaan.

Wann selesa dengan imej berselendang.

Malah, Wan menganggap ia sebagai rezeki buat peniaga berkenaan.

"Bestnya! Kalau itu untuk bisnes mereka, saya tumpang gembira. Saya tak pernah rasa mereka ambil kesempatan sebaliknya ia memang rezeki mereka.

"Lagipun saya tak berminat untuk membuat perniagaan turban... jadi biar saja mereka buat apa yang mereka mahu. Sekurang-kurangnya nama saya disebut-sebut," ujarnya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Wann menjelaskan dia enggan mengambil serius komen negatif netizen yang berpendapat dirinya tidak layak untuk meneruskan perjuangan di pentas GV6.

Saya tak pernah rasa mereka ambil kesempatan sebaliknya ia memang rezeki mereka.

Wann

Penyanyi

Menurut Wann, dia juga sudah lali terhadap kritikan netizen kerana sudah 30 tahun berada dalam industri hiburan.

"Saya okay saja kalau mereka nak cakap apapun... saya dah dalam industri nak dekat 30 tahun malah saya pernah terima komen yang lebih teruk dari ini. Saya dah lali.

"Setakat komen begitu saya nak marah, alamatnya memang tak lamalah saya dalam industri ini. Apa yang saya boleh janjikan, saya akan buat yang terbaik semampu saya. Kalau saya ke final, itu bonus buat saya," katanya.

Wann, Gegar Vaganza

Artikel Lain