suria

“Tak salah jual susu pisang, tetapi iklan itu agak mengelirukan” - Dr Amalina minta penjelasan Neelofa ‘overclaim’ khasiat produk minuman keluarannya

Dr Amalina tegur produk Neelofa 'overclaim'.

PAKAR bedah iaitu Dr Amelina Che Bakri meminta penjelasan Neelofa berkaitan iklan produk minuman susu pisang keluarannya yang dianggap tidak mempunyai kandungan  seperti mana diiklankan.

Dr Amelina, 31, menerusi laman sosial Twitternya berkata, iklan yang menyenaraikan kebaikan produk berkenaan adalah palsu dan mengelirukan pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis promosi ubat peninggi dapat habuan ditegur doktor pakar

"Hi Neelofa, saya harap anda dan pasukan anda dapat menjelaskan perkara ini? Sudah tentu tidak salah untuk menjual susu pisang, tetapi iklan itu agak mengelirukan. 

"Saya pasti anda tahu bahawa anda tidak dibenarkan mengiklankan hingga keterlaluan terutamanya hal berkaitan manfaat kesihatan. Bolehkah anda jelaskan? Terima kasih," tegur Dr Amalina.

Dr. Amalina tegur iklan yang keterlaluan berkaitan manfaat susu perisa pisang tersebut.

Selain itu, netizen turut menyelar produk ini menggunakan 'false advertising' serta 'overclaim' dengan mempersoalkan tentang ketiadaan pisang dalam produk susu itu, selain kandungan gula yang tinggi.

Namun, terdapat seorang individu yang merupakan salah seorang daripada grup stokis produk tersebut tampil menjelaskan situasi sebenar dengan menyalahkan ejen produk tersebut.

"Masalahnya ialah stokis dan ejen, mereka yang mengiklankan secara berlebihan. Jika anda melihat halaman itu sendiri 'HQ' dan Neelofa sendiri tak ada claim. Saya merupakan salah seorang dalam grup produk ini dan yang tak paham 'HQ' dan Neelofa ni pun tak nak pertahankan balik, pergi maki saja ejen dan stokis yang overclaim.

"Setuju doktor! Saya sebagai bekas penghidap strok, saya selalu menegur mereka yang sering 'overclaim' sesuatu produk. Ayuh Neelofa, anda jauh lebih bijak sebenarnya," kata seorang netizen.

Dalam pada itu, Dr Amalina turut meminta para selebriti lebih bertanggungjawab terutamanya dalam mempromosi produk yang melibatkan kesihatan.

Neelofa, claim, netizen

Artikel Lain