KRISIS rumah tangga pendakwah bebas Da'i Farhan semakin rumit apabila juara program Da'i musim kedua itu tampil menjelaskan punca melafazkan cerai kepada isteri pertamanya Fatin Nurul Ain pada Selasa lalu. Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, berkata, dia sudah membuat solat istiharah selama seminggu sebelum membuat keputusan untuk menjatuhkan talak menerusi rakaman suara di aplikasi WhatApps. ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Farhan dedah 18 wanita ajak kahwin terpaksa tolak! - “Calon ke 19 saya tiada kekuatan nak tolak kerana di Makkah” ARTIKEL BERKAITAN: “Abang ceraikan sayang dengan talak satu” - Da’i Farhan mengaku cerai isteri pertama tapi nafi lakukan kekerasan "Alhamdulillah syukur, kami berkahwin kerana Allah dan kami berpisah pun kerana Allah. Bahagia hati dapat melafazkan kalimah itu pada dirinya," tulisnya di Instagram. Posting yang dimuat naik Da'i Farhan di Instagramnya sebelum memadamnya semula. Posting itu dimuat naik menerusi akaun Dai Farhan sebelum memadamnya semula atas sebab tertentu. Menerusi posting itu juga, Nik Farhan mendakwa bekas isteri pertamanya itu memutar belit cerita yang mendakwa dia dipukul dan dikurung sebelum diceraikan. Jelasnya, tiada sebarang kekerasan yang dilakukan terhadap wanita itu, sebaliknya Fatin mencederakan diri sendiri dengan memukul pintu bilik sekuat hati. "Bermula dengan kisah di satu malam, saya mengambil telefon bimbitnya di dapur untuk mencari sebuah jawapan. Lalu saya masuk ke bilik dan kunci pintu, maka mengamuklah dia bagai jantan kerana tahu akan terbuka segala aibnya. "Rancangan jahat serta komplotnya dalam meraih simpati netizen kononnya dia adalah mangsa penganiayaan. Banyak hikmah kebaikkan buat kami melalui penceraian ini. Inilah pepisahan yang disebut dengan perpisahan yang membahagiakan DA'I FARHAN PENDAKWAH BEBAS "Dia memukul pintu bilik sekuat hati selama hampir 15 minit, sampai lebam-lebam tangannya. Tahu-tahu dia buat report polis, katanya dipukul oleh suami dan dikurung oleh suami. Sudah-sudahlah ustazah Fatin ye," katanya. "Daku istikharah selama seminggu dan buat keputusan untuk terus melafazkan cerai. Setakat ini sahaja jodoh kami sebagai suami isteri, tetapi sebagai ayah dan ibu kepada anak-anak kami tetap selamanya sampai syurga," kongsinya pada posting itu. Dalam pada itu, Nik Farhan meminta netizen supaya menilai sendiri penjelasnya menggunakan akal dan mata hati. Dia juga menganggap perpisahan yang berlaku sebagai satu keputusan membahagiakan. "Wahai netizen nilai dengan mata hati dan akal fikiran yang Allah kurniakan. Banyak hikmah kebaikan buat kami melalui penceraian ini. "Inilah perpisahan yang disebut dengan perpisahan yang membahagiakan," luahnya. Da'i Farhan bersama Fatin ketika masih menjadi suami isteri. Maafkanlah walau tidak mampu melupakan - Fatin Dalam pada itu, Fatin menerusi kenyataan di Facebook memberitahu sedang menguruskan urusan perceraiannya menerusi saluran yang sebenar dan dalam keadaan tertutup. Fatin turut meminta maaf kepada semua yang tersinggung secara langsung atau tidak langsung dengan permasalahan keluarganya. "Pertamanya janganlah dikecam kesilapan yang berlaku tapi sama-sama kita mengambil hikmah yang baik kerana tiada manusia yang sempurna termasuklah diri saya. Ambillah pengajaran yang baik, dan buanglah saki baki yang tidak baik itu jauh-jauh. "Dalam persoalan hak, itu haruslah melalui saluran yang betul. InshaaAllah saya dan pihak keluarga akan mengikuti saranan pihak berautoriti untuk menguruskan kes penceraian ini sebaiknya serta dalam keadaan tertutup. "Memaafkan itu akhlak yang mulia walaupun tidak mampu melupakan, Maafkanlah" ujarnya. Nik Farhan menikahi Dr Aireen ketika berada di Makkah. Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan Nik Farhan menikahi seorang janda beranak lapan yang dikenali sebagai Dr Aireen di Makkah. Malah berdasarkan laporan mStar pada Jumaat lalu, Nik Farhan berkata, tuduhan berkahwin secara sembunyi itu tidak betul sebaliknya dia sudah memaklumkan kepada bekas isteri pertama dan keluarganya. Pendakwah ini juga berkata, selama ini sudah 18 wanita mengajaknya untuk berkahwin namun wanita ke 19 iaitu Dr Aireen, berjaya membuatnya hatinya terbuka dan menerima hasrat itu. Hasil perkongsian hidup dengan Fatin, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 1 tahun 4 bulan, sementara wanita ini juga sedang hamil 7 bulan.