PENYANYI Naim Daniel menyedari ada peminat meletakkan harapan tinggi agar lagu nyanyiannya berjudul Sumpah diangkat memenangi Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang akan berlangsung Februari tahun depan. Bagaimanapun, Naim berkata dia enggan terlalu memikirkan mengenai perkara itu kerana bimbang memberikan tekanan sehingga mengganggu persembahannya kelak. "Kalau difikirkan komen pendengar dan peminat itu sebagai tekanan, ya kita pun akan tertekan! Jadi saya tukarkan ia sebagai doa peminat dan aminkan sahaja doa mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Anta Permana, Ragaman tepati ramalan layak ke AJL 34 ARTIKEL BERKAITAN: “Itu luahan biasa... bukan tentang saya sahaja” - Peminat bimbang Naim Daniel berdepan ‘depression’ "Apabila ada orang kata lagu ini mungkin akan jadi juara, saya terima dan anggap sebagai kata-kata positif supaya tak rasa satu tekanan. "Lagipun sebagai seorang pengkarya kita kena berbangga dengan karya sendiri. Kalau kita tak percaya dengan karya kita, bagaimana orang lain nak yakin!," katanya kepada mStar. Naim persiapkan diri dengan mengikuti kelas vokal. Lagu Sumpah ciptaan sepenuhnya Naim Daniel dan Omar K merupakan antara 12 lagu yang layak melangkah ke pentas AJL34. Dalam pada itu, Naim berkata dia ada mengikuti kelas vokal bagi memantapkan lagi persembahannya pada malam tersebut. Apabila ada orang kata lagu ini mungkin akan jadi juara, saya terima dan anggap sebagai kata-kata positif supaya tak rasa satu tekanan! NAIM DANIEL Penyanyi "Sejak semi final lagi pihak pengurusan menyediakan kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi ruang untuk saya bereksperimentasi serta melihat sendiri tahap kemampuan vokal. "Untuk lagu Sumpah lebih banyak bermain dengan emosi, jadi kalau boleh biarlah persembahan saya nanti ditekankan emosi dan penyampaiannya. Antara penyanyi yang akan bersaing di pentas AJL34. "Konsep persembahan pula saya tak mahu ia dianggap keterlaluan sehingga mengaburi vokal sebagai penyanyi... bagaimanapun dalam sesebuah pertandingan secara keseluruhan persembahan akan diambil kira,” ujarnya. Selain lagu Sumpah, 11 lagu lain yang akan bersaing merebut gelaran juara ialah Anta Permana yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan dinyanyikan Bob Yusof, Drama (kumpulan Drama Band), Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Ku Bersuara (Ernie Zakri), Bangun (Aman Ra) dan Ragaman (Fairuz Misran). Manakala, Rampas (Akim & The Majistret), Dinda (Kugiran Masdo), Peneman (Hazama The Penglipurlara), Lembah Kesepian (Haqiem Rusli) dan Sumpah (Aina Abdul).