suria

Malique kesal foto bercuti bersama keluarga tular, minta kebenaran dan jangan rakam curi-curi! - Zizi Kirana

Zizi Kirana mengakui mudah bekerjasama dengan Malique.

PENYANYI rap dan komposer, Malique kesal dengan penyebaran foto dia bersama keluarga yang sedang bercuti di luar negara tular di laman sosial, baru-baru ini.

Luahan rasa terkilan itu didedahkan oleh penyanyi Zizi Kirana yang juga merupakan anak didik kepada Malique.

"Ya! Malique ada meluahkan rasa kecewa dengan penyebaran gambar dia bersama keluarga di lapangan terbang di sebuah negara baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana ajar budak mengaji Al-Quran, amal baca bacaan Yasin setiap malam Jumaat

ARTIKEL BERKAITAN: “Masih minta duit mak beli topup sudah berani minta gambar payudara!” - Zizi Kirana

"Dia mengaku rasa kurang selesa apabila mendapat tahu ada orang kongsi gambar itu di Facebook sehinggakan ia menerima liputan beberapa blog.

"Tapi saya cakap dengan dia biasalah sekarang ini zaman media sosial, apa-apa pun orang akan muat naik dahulu, jadi perkara sebegitu pasti akan berlaku!," katanya kepada mStar.

Tular foto Malique bersama keluarga yang dirakam secara curi-curi oleh seorang peminat.

Zizi ditemui semasa karinival Unity Festival Malaysia (Unifestmy) yang diadakan di APW, Bangsar, baru-baru ini.

Sebelum ini, seorang pengguna laman Facebook berkongsi foto Malique bersama isteri dan tiga orang anaknya dipercayai dirakam di sebuah lapangan terbang di luar negara.

Perkongsian lelaki itu menarik perhatian peminat sehinggakan foto itu menjadi tular di media sosial.

Sebenarnya, ramai saja peminat yang bergambar dengan Malique sebelum ini, dia okay sahaja kalau minta bergambar.

ZIZI KIRANA

Penyanyi

Dalam pada itu, penyanyi lagu EH ini menyarankan peminat yang ingin bergambar bertemu dan meminta kebenaran terlebih dahulu.

"Sebenarnya, ramai saja peminat yang bergambar dengan Malique sebelum ini, dia okay sahaja kalau minta bergambar.

"Itu lebih baik daripada rakam gambar curi-curi... dia kurang selesa lebih-lebih lagi jika dia bersama isteri dan anak-anak!," ujarnya.

Sebelum ini, kumpulan Nukilan yang dianggotai oleh Zizi Kirana, Kelana dan Agenda merupakan artis pertama di bawah naungan Qarma Musiq, syarikat rakaman milik Malique.

Ditanya mengenai pengalaman bekerjasama dengan Malique, Zizi berkata dia selesa dan telah mengganggap komposer itu seperti abangnya sendiri.

"Sejujurnya, sangat mudah bekerjasama dengan Malique... dia profesional, fokus dengan kerja dan berdisiplin! Kalau kami berbincang tentang kerja, tak boleh main telefon.

"Dia banyak beri nasihat antaranya belajar untuk katakan tidak! sebab saya ni susah nak cakap tidak... jadi dia tak mahu orang ambil kesempatan terhadap saya. Dia tahu bagaimana perjalanan seni saya dari awal dan nampak bakat serta kebolehan saya.

"Malah, saya dah anggap dia macam abang sendiri dan sangat selesa bekerja dengan Malique," ujarnya.

Terdahulu, bekas ahli kumpulan Too Phat ini hilang secara misteri dalam industri hiburan sehingga menjadi perbualan ramai sejak kumpulan terbabit berpecah pada 2007.

Malique bagaimanapun memilih untuk bekerja di sebalik tabir dan karya lagu-lagunya masih lagi kedengaran sehingga kini.

Zizi Kirana, Malique

Artikel Lain