suria

Risteena yakin Isa bukan 'kaki perempuan' - “Dia baik dan ikhlas nak jadikan saya isteri”

Pasangan ini mengumumkan mereka sudah bertunang pada 23 November lalu di Bali, Indonesia. Foto: cstproduction

PELAKON Nur Risteena mendedahkan ada beberapa pihak cuba memburuk-burukan tunangnya iaitu pelakon Isa Khan sebagai seorang 'playboy' atau kaki perempuan.

Bagaimanapun, Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 30, berkata, dia lebih mengenali lelaki itu dan yakin bahawa Isa tidak seperti yang dituduh segelintir pihak. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Risteena tak curang, saya juga bukan perampas!” - Isa Khan dan Risteena bertunang selepas 5 bulan bercinta

"Sebelum ini memang ada orang kata dia seorang yang playboy tapi bagi saya, dia sebenarnya mencari orang yang sesuai dengan dia tapi tak jumpa.

Risteena dan Isa rancang kahwin dalam masa terdekat.

"Walaupun ada orang kata dia macam-macam tetapi apabila saya sudah mengenali diri dia lebih dekat, dia bukan seperti yang didakwa," kata Risteena kepada mStar.

Sebelum ini Isa mengumumkan dia sudah melamar Risteena pada 23 November lalu sewaktu bercuti di Bali, Indonesia dengan disaksikan wakil keluarga kedua belah pihak.

Pengumuman itu dibuat dalam majlis khas sempena sambutan hari jadi dan pelancaran produk milik Risteena di Bora Ombak, Putrajaya pada Jumaat lalu.

Mula-mula saya tak percaya tapi bila dia sendiri bertemu dengan keluarga saya memberitahu yang dia akan sayang serta jaga saya.

NUR RISTEENA

Pelakon

Dalam pengumuman itu Isa menjelaskan dia dan Risteena berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan di Kota Langit yang disiarkan di RTM.

Bagaimanapun, ketika itu mereka hanya berkawan sehinggalah ke Indonesia untuk menjayakan beberapa projek dan mula menjalinkan hubungan cinta.

Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Ruhainies ini memberitahu dia percaya Isa benar-benar ikhlas untuk menjadikan dirinya sebagai isteri.

Risteena percaya Isa ikhlas ingin menjadikan dia isteri.

"Saya ingatkan, saya tidak akan jatuh cinta lagi tapi dia berjaya buat saya kembali percaya cinta. Dia seorang yang jujur, ikhlas dan tak niat untuk mempermainkan saya.

"Mula-mula saya tak percaya tapi bila dia sendiri bertemu dengan keluarga saya memberitahu yang dia akan sayang serta jaga saya.

"Malah, dia beritahu semua orang yang dia jumpa. Isa memang seorang yang sangat baik dan dia bukan seorang yang nak ambil kesempatan," ujarnya.

Artikel Lain