suria

“Hati rasa makin menjauh” - Zara Zya reda hubungan pertunangan dengan Hafreez terlerai

Terlalu sibuk dengan komitmen menjadi punca pertunangan diantara pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam putus sebulan lalu.

TERLALU sibuk dengan komitmen menjadi punca pertunangan antara pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam terlerai kira-kira sebulan lalu.

Malah, kata Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, pelbagai tekanan turut mengeruhkan lagi hubungan itu sehingga akhirnya Hafreez membuat keputusan untuk putus.

ARTIKEL BERKAITAN:  “Saya yang minta putus, Zara tak mahu...”- Hafreez Adam, Zara Zya putus selepas sebulan bertunang

ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan ujian, Hafreez minta doakan hubungannya dengan Zara Zya - “Kalau tidak kerana dugaan takkan saya unfollow dia”

"Memang kebelakangan ini, kami jarang berjumpa. Saya sibuk dengan komitmen lakonan. Dia pula sedang mengukuhkan perniagaan yang semakin berkembang.

"Saya tak tipu adalah gaduh-gaduh 'manja'. Perhatian yang diberi dengan bermacam kisah itu dan ini yang dihidu atas nama kami selebriti, kadang-kadang membuatkan kami tertekan.

Pasangan ini mula menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu.

"Namun, punca 'orang ketiga' sama sekali tidak betul," katanya seperti dipetik Berita Harian pada Ahad.

Mengakui terpaksa menempuh pelbagai dugaan ketika mengikat tali pertunangan dengan bekas tunangnya itu, Zara bagaimanapun reda dan terpaksa menerima hakikat bahawa tiada jodoh antara mereka.

“Sama seperti pasangan lain, kami juga berdepan dugaan ketika menempuh alam pertunangan. Menjadi kuat dan reda adalah pilihan saya untuk terus melalui kehidupan dan menerima suratan tertulis.

"Dia sangat budiman. Keluarganya pun melayan saya dengan baik. Cuma akhirnya, hati itu rasa makin menjauh.

"Saya terima jodoh saya dengan dia tidak panjang dan kami berpisah cara baik. Kami berfikir dan menyelesaikan semua ini dengan matang. Perlahan-lahan saya harus menerima hakikat jodoh kami sudah tiada," katanya lagi.

Dia sangat budiman. Keluarganya pun melayan saya dengan baik. Cuma akhirnya, hati itu rasa makin menjauh.

ZARA ZYA

Pelakon

Terdahulu, Hafreez, mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Zara, 34, sudah terlerai sejak sebulan lalu.

Mengakui dia yang nekad membuat keputusan untuk putus, Hafreez berkata, kecewa dan ralat antara punca dia memutuskan tali pertunangan itu.

Hafreez dan Zara berkenalan ketika bergandingan dalam drama Monalisa pada 2017 mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu.

Mereka sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.

Zara Zya, Hafreez Adam, putus tunang

Artikel Lain