suria

“Saya yang minta putus, Zara tak mahu...”- Hafreez Adam, Zara Zya putus selepas sebulan bertunang

Hafreez dan Zara putus tunang bulan lalu.

PERASAAN kecewa dan ralat membuatkan pelakon Hafreez Adam nekad membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan yang terjalin pada Oktober lalu.

Menurut Hafreez, dia dan Zara sebelum ini pernah beberapa kali cuba menyelamatkan ikatan sebelum mencapai jalan penyelesaian terakhir untuk mengakhiri hubungan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya, Hafreez Adam selamat bertunang, nikah Oktober tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan ujian, Hafreez minta doakan hubungannya dengan Zara Zya - “Kalau tidak kerana dugaan takkan saya unfollow dia”

"Ya, betul kami dah putus tunang. Kami dah cuba untuk selamatkan hubungan ini tapi sebab kami tak nampak ia boleh diselamatkan lagi.

"Sebab itulah keputusan untuk berpisah itu dibuat dan bagi saya ia dibuat secara matang.

Hafreez dan Zara mengikat tali pertunangan pada Oktober lalu.

"Kami tak bergaduh pun dan saya akui keputusan untuk putus itu datang dari saya. Saya yang memilih untuk take time off," ujarnya kepada mStar.

Hafreez dan Zara berkenalan ketika bergandingan dalam drama Monalisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu.

Pasangan ini dijangka mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.

Dalam pada itu, Hafreez mengakui masih menyayangi Zara namun tetap dengan pendiriannya yang lebih memilih untuk tidak meneruskan perhubungan itu.

Saya akui memang Zara pernah cakap dengan saya kalau boleh dia tak nak putus tunang. Tapi untuk saya sangat susah.

HAFREEZ ADAM

Pelakon

"Benda ini terlalu baru. Sayang terhadap Zara itu masih ada cuma dalam masa sama kecewa, ralat itu semua ada. 

"Cuma saya tak mahu berfikiran negatif jadi saya anggap mungkin tuhan nak saya ada dengan keluarga ketika ini.

"Saya akui memang Zara pernah cakap dengan saya kalau boleh dia tak nak putus tunang. Tapi untuk saya sangat susah... 

"Buat masa ini lebih baik saya fokus kepada ahli keluarga dan kerjaya saja. Lagi pula ayah baru berapa bulan meninggal dunia," katanya lagi.

Kata Hafreez lagi, dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan jodoh bersama Zara bertaut kembali.

Hafreez dan Zara berkenalan ketika bergandingan menerusi drama Monalisa.

Malah, katanya, dia juga tidak kisah untuk meneruskan hubungannya sebagai kawan meskipun tidak mempunyai hubungan dengan aktres itu.

"Kita tak tahu apa yang akan jadi akan datang. Kalau ditakdirkan ada jodoh, adalah... kalau tak ada tidak mengapa, kami kekal sebagai kawan. Saya cuma doakan yang terbaik untuk Zara.

"Soal punca jadi begini biarlah ia antara kami sahaja yang tahu," ujarnya.

Zara Zya, Hafreez Adam

Artikel Lain