HAMPIR sebulan mengikat tali pertunangan dengan Isa Khan, pelakon Risteena Munim menyifatkan dirinya sebagai wanita paling bertuah kerana ditemukan dengan aktor tersebut. Menurut Risteena, 26, terlalu banyak memori yang tercipta dan berharap detik-detik indah itu akan berkekalan sepanjang perhubungan mereka. "Throwback zaman bercinta... terlalu banyak yang kami lalui bersama walaupun dalam masa yang singkat. Tak sangka saya berjumpa dengan seseorang macam dia dalam hidup saya. ARTIKEL BERKAITAN: Risteena yakin Isa bukan 'kaki perempuan' - “Dia baik dan ikhlas nak jadikan saya isteri” ARTIKEL BERKAITAN: “Risteena tak curang, saya juga bukan perampas!” - Isa Khan dan Risteena bertunang selepas 5 bulan bercinta "Perasaan cinta yang terlalu dalam membuatkan saya seseorang yang istimewa dalam hidup dia. Terlalu banyak memori indah yang takkan dilupakan. "Janji dia pada saya akan menjadikan saya wanita paling bahagia di dunia ni. Teruskan menjadi orang yang sama saya jatuh cinta dulu," katanya. Risteena kongsi momen indah bersama tunang, Isa Khan. Risteena berkongsi rakaman pendek momen-momen indah ketika bersama dengan Isa Khan di laman Instagram miliknya pada Selasa. Antara yang mencuri perhatian pengikut ialah aksi Isa Khan menyuapkan makanan, membasuh kaki dan memotong kuku pelakon drama Playboy Itu Suami Aku. Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Ruhainies ini berkata dia kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan Isa dan berharap supaya ikatan perhubungan mereka akan berkekalan. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu di Bali, Indonesia. "Semoga hubungan ini terus berkekalan. Saya bangga dengan apa yang dia usaha sekarang, selalu bangga dengan dia, kesungguhan dia tak mungkin semua orang boleh buat. "I’m proud to say this, my Isa Khan," ujarnya. Terdahulu, Risteena dan Isa mula berkenalan ketika menjalani penggambaran drama bersiri Bulan Di Kota Langit dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak lima bulan lalu. Pasangan itu mengumumkan berita mengenai pertunangan mereka di majlis sambutan ulang tahun kelahiran Risteena di Bora Ombak, Putrajaya, pada 6 Disember lalu.