suria

Azah Aziz bengang disindir 'speaking' berterabur walau berpuluh tahun di luar negara - “Orang duduk Malaysia je acah-acah slang tak reti cakap Melayu... sedih!”

Seorang pengguna Instagram membandingkan penggunaan bahasa Inggeris Azah dan Shiera.

PELAKON era 90-an, Azah Aziz bengang apabila seorang netizen di laman Instagram menegur penggunaan bahasa Inggerisnya yang dikatakan tidak tepat dan banyak kesalahan tatabahasa.

Menurut Azah atau nama sebenar Norazah Aziz, 46, sepanjang dua dekad dia berhijrah ke luar negara tiada sebarang isu membabitkan bahasa kerana sebagai anak Malaysia tiada keperluan untuk dia terikut-ikut cara pertuturan warga tempatan.

"Kau ni tak ada kerja ya... komen aku cakap berterabur ke tulis berterabur ke, aku berterabur pun kau kecam, aku cakap Perancis nanti kau kata aku berlagak, nanti kau tak faham pula.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahniah anak korang bijak, anak kita tak berapa... sikit lagi nak gagal BM” - Sharifah Shahira tetap bangga keputusan UPSR anak

"Aku speaking buat-buat slang kau kata aku berlagak, aku duduk luar negara lama-lama kalau aku cakap berterabur kau kecam... aku orang Kampung Baru, aku tak berlagak macam orang-orang duduk Malaysia tu, acah-acah slang speaking, tak reti cakap Melayu. Sedih!

Azah berkongsi paparan skrin seorang netizen mempersoalkan penggunaan bahasa Inggerisnya.

"Aku speaking ikut cara akulah! Lantak... orang-orang Kanada faham, fasal kau nak sibuk, ramai orang-orang kat Kanada speaking berterabur juga macam orang Mexico, Indonesia, Itali, Perancis, Korea, Jepun dan Filipina semua kalau speaking Inggeris berterabur juga," katanya.

Azah menjawab pertanyaan yang diajukan oleh seorang netizen di laman Instagram.

Kau tak pernah pergi oversea kut, konon duduk Malaysia kena cakap atau tulis Inggeris baik ke? Sedih hidup kau dik!

AZAH AZIZ

Pelakon

Bersama kapsyen tersebut, Azah turut memuat naik paparan skrin mesej peribadi yang dihantar seorang wanita mempersoalkan mengenai penggunaan bahasa Inggeris dan tatabahasa pelakon tersebut yang dikatakan kurang tepat meskipun sudah berpuluh tahun menetap di luar negara.

Netizen tersebut turut membandingkan penggunaan bahasa Inggeris Azah dengan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah yang dikatakan jauh lebih baik.

Azah bersama suami dan tiga orang cahaya mata mereka.

"Kau tak pernah pergi oversea kut, konon duduk Malaysia kenalah cakap atau tulis Inggeris baik ke? Sedih hidup kau dik!

"Kawan baik aku Shiera (Sharifah Shahira) tu memang terror (hebat) speaking, lepas balik London terus dia speaking London kan? Tapi dia tak berlagak. Nanti aku nak ajar dia cakap Perancis pula sebelum dia datang sini. Love you and miss you Shiera," ujarnya lagi.

Terdahulu, Azah berkahwin dengan Daud Leroy Abdullah dan kini menetap di Montreal, Kanada.

Pasangan ini dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Aaron, 23, Ryan, 16, dan Justin, 13.

Azah Aziz, Sharifah Shahira

Artikel Lain