RAKAN baik kepada bekas isteri pertama pendakwah bebas Dai Nik Farhan iaitu Nafsarah Maliki menafikan dakwaan kononnya dia menjalinkan hubungan terlarang seperti yang disebarkan pihak tertentu sebelum ini. Menurut Nafsarah atau lebih dikenali sebagai Ches Al-Maliki, ia merupakan fitnah yang sengaja direka-reka kerana mahu menjatuhkan dirinya selepas kemelut rumah tangga yang terjadi sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Fitnah mungkin kerana dendam isteri tak beli rumah dengan dia” - Da'i Farhan jawab dakwaan nikah janda anak lapan secara rahsia ARTIKEL BERKAITAN: Langgar Undang-Undang Keluarga Islam, rakan baik bekas isteri Dai Farhan buat aduan kepada Jais - “Tindakan dia cemar agama Islam” "Ya, betul... saya nafikan setiap tuduhan terhadap saya itu. "Saya tahu sebelum ini pun dia pernah post di sosial media mengenai perkara ini sehingga ada beberapa followers dia yang maklumkan kepada saya mengenai perkara itu. Nik Farhan sebelum ini memuat naik posting mendedahkan mengenai hubungan istimewa Ches dan bekas isteri pertamanya, Fatin. "Bagi saya itu suatu fitnah yang sengaja dibuat terhadap saya lebih-lebih lagi saya pelik juga dia delete posting itu. Saya nak komen apa pun saya jadi tak tahu," ujarnya kepada mStar. Dalam pada itu, Ches turut bertanyakan mengenai bukti yang manakah yang dimiliki Nik Farhan itu menunjukkan dia menjalin hubungan songsang dengan Fatin. "Saya sendiri tak faham maklumat bagaimana yang dia kononnya cuba nak sampaikan. "Serius, saya tak tahu apa bukti yang dia ada yang menunjukkan saya ada hubungan istimewa itu. Saya sendiri tak faham maklumat bagaimana yang dia kononnya cuba nak sampaikan. Serius, saya tak tahu apa bukti yang dia ada menunjukkan saya ada hubungan istimewa itu. NAFSARAH MALIKI "Saya anggap ia fitnah yang cuba dilemparkan kepada diri saya," katanya. Menjawab persoalan media mengenai kelantangannya bersuara mengenai rumah tangga Nik Farhan dan Fatin, Ches menjelaskan bahawa dia berasa marah dengan tindakan seorang pendakwah yang menggunakan agama untuk menghalalkan setiap perlakuan buruknya. Selain itu, kata Ches, sifat kasihan untuk membantu rakannya yang teraniaya membuatkan dia nekad untuk membantu menyelesaikan kemelut rumah tangga wanita itu. "Saya faham watak Fatin itu sendiri yang pendiam, tidak berani dan saya sebagai kawan yang mendengar permasalahan dia sejak dari awal jadi saya rasa terpanggil untuk buat begini. Posting dimuat naik isteri kedua Nik Farhan seolah-olah menyindir Ches dan Fatin. "Sejujurnya saya tiada masalah dengan isu poligami cuma yang buat saya marah adalah kerana dia (Nik Farhan) menggunakan agama untuk menghalalkan perbuatan buruk dia. "Itu yang saya tentang sebenarnya. Sebab itu saya selalu tegaskan mengenai penunggang agama," ujarnya. Sebelum ini, isteri kedua Nik Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi ada memuat naik entri seolah-olah menyindir Ches dan bekas madunya itu. Menurut posting itu, Noorainul meluahkan hasrat untuk menghasilkan novel cinta luar biasa dengan memilih kisah percintaan pengkid yang tidak kesampaian sebagai jalan cerita naskhahnya itu.