PELAKON Hafreez Adam memberitahu dia tidak mahu mempunyai kaitan lagi dengan sebarang isu yang melibatkan bekas tunangnya yang juga aktres Zara Zya. Malah Hafreez, 29, enggan mengulas mengenai penyebaran empat video yang memaparkan perbualan mesej di aplikasi WhatsApp antara Zara dan seorang wanita baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya yang minta putus, Zara tak mahu...”- Hafreez Adam, Zara Zya putus selepas sebulan bertunang "Sejujurnya saya memang dah tak nak beri komen lagi mengenai dia (Zara). Hari yang saya buat keputusan untuk berpisah adalah hari yang saya tidak mahu lagi ada kaitan dengan dia. Mesej perbualan antara Zara dan seorang wanita tular di laman sosial. "Jadi, saya tidak mahu komen mengenai isu video perbualan itu sebab dia tiada kaitan dengan saya dah. Dia bekas tunang saya dan kami tiada kaitan lagi," katanya kepada mStar. Hafreez diminta mengulas penyebaran video yang didakwa perbualan mesra Zara dengan seorang wanita yang menjadi punca pertunangan mereka berakhir. Sebelum ini, Zara menafikan dakwaan orang ketiga punca ikatan pertunangan yang dibina selama sebulan itu berakhir. Dalam pada itu, Hafreez berkata, kegagalan dalam hubungan itu tidak membuatkan dirinya serik untuk bercinta dengan orang dalam industri. Soal jodoh ini saya tak boleh nak komen sebab sebelum ini, saya pernah cakap tak nak orang dalam industri tapi akhirnya dengan orang industri juga. HAFREEZ ADAM Pelakon Bagaimanapun, Hafreez belum bersedia untuk mencari pengganti dan memikirkan soal jodoh buat masa ini. "Soal jodoh ini saya tak boleh nak komen sebab sebelum ini, saya pernah cakap tak nak orang dalam industri tapi akhirnya dengan orang industri juga. "Sekarang ini, saya hanya berserah saja dan tiada perancangan pun dalam soal itu. Cuma untuk cari pengganti dalam masa terdekat ini, memang tidak la," ujarnya. Hafreez belum bersedia mencari pengganti Zara. Menerusi laporan mStar pada 10 Disember lalu, Hafreez mendedahkan dia sudah berhenti mengikuti akaun Instagram Zara disebabkan tidak mahu menambahkan masalah. Hafreez kemudian akhirnya mengakui dia sudah memutuskan tali pertunangan yang terjalin pada Oktober lalu. Hafreez dan Zara berkenalan ketika bergandingan dalam drama Monalisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu. Pasangan ini sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.