suria

“Kalau dah rapat mestilah ada perasaan sayang” - Hubungan Ismail Izzani dan Shalma Eliana direstui keluarga

Ismail kini lebih terbuka berkongsi mengenai hubungan mesra dengan Shalma Eliana di Instagram.

PENYANYI Ismail Izzani kini semakin terbuka berkongsi mengenai hubungan mesra dengan pendatang baharu Shalma Eliana di laman sosialnya.

Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri, 19, perasaan sayang terhadap satu sama lain mula timbul sejak mereka berkata rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani jaga solat untuk elak perkara negatif - “Apa yang jadi sebelum ini kesilapan saya sendiri”

Malah penyanyi lagu Cinta ini juga mendedahkan keluarga kedua-dua belah pihak sudah saling mengenali.

Ismail dan Yana mengenali satu sama lain sejak berusia 14 tahun.

"Saya dah dia masih berkawan dan memang kami rapat sebab kongsi minat yang sama iaitu muzik. Sebenarnya keluarga saya dan keluarga dia pun sudah saling mengenali.

"Jadi, apa yang saya kongsi di Instagram itu adalah sesuatu perkara yang baik, dia pun masih baru dalam industri seni.

"Kita kalau dah rapat dengan seseorang sudah semestinya ada perasaan sayang. Apa yang saya boleh katakan, saya memang sayang dia," kata Ismail kepada mStar.

Dalam pada itu, Ismail menyedari pasti ada pihak yang beranggapan Shalma cuba mendekatinya disebabkan ingin menumpang popularitinya.

Yana rapat dengan ibu Ismail.

Namun menurut Ismail, dia yang mengenali Shalma sejak berusia 14 tahun yakin penyanyi itu seorang yang baik dan tiada istilah ingin mengambil kesempatan terhadap dirinya.

"Kalau kata dia menggunakan saya, itu perkara pertama saya fikir dulu. Tapi, mengenalinya sejak dari tingkatan dua, dia bukan sebegitu.

"Kami dah lama kenal tapi sekarang ini baru betul-betul mengenali hati budi satu sama lain. Dia seorang yang baik, ikhlas dan sweet girl," ujarnya.

Ismail Izzani, Shalma Eliana

Artikel Lain