suria

Saharul Ridzwan bimbang isteri demam panas ketika hamil empat bulan - “Waktu sakit pun dia ingat perut suami”

Isteri Saharul mengalami demam panas dan kini masih dirawat di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.

PELAKON Saharul Ridzwan memberitahu dia berasa bimbang melihat keadaan isterinya, Qaabila Deena Emir yang kini sedang hamil mengalami demam panas sejak Jumaat.

Bagaimanapun Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 30, berkata demam yang dialami itu disebabkan jangkitan dan tidak melibatkan kandungan isterinya yang sudah mencecah empat bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Saharul Ridzwan hamil anak kedua - “Moga baby girl kali ini, tolong aminkan ya!”

Menurut Saharul, Deena kelihatan lebih cepat penat dan mengalami alahan yang teruk berbanding ketika hamil anak pertama mereka.

Saharul berkongsi mengenai keadaan isterinya.

"Isteri saya dimasukkan wad pada Jumaat selepas suhu badannya mencecah hampir 40 darjah celsius tapi Alhamdulillah keadaannya semakin pulih sekarang.

"Saya bimbang juga melihat keadaan dia sebab tengah hamil empat bulan. Tapi demam kali ini memang tak ada kaitan dengan kehamilannya.

"Mungkin disebabkan virus dan musim orang demam. Cuma kali ini dia mengandung memang beza. Dia cepat penat dan terbaring saja disebabkan muntah," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pelakon drama 30 Pesanan Suara ini ada memuat naik foto isterinya yang sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur di Instagramnya.

Saya bimbang juga melihat keadaan dia sebab tengah hamil empat bulan.

SAHARUL RIDZWAN

Pelakon

Saharul menerusi laman Instagram mendedahkan biarpun dalam keadaan tidak sihat, wanita itu tetap mengambil berat mengenai dirinya.

"Dia tak boleh tidur satu malam tapi tak nak kejutkan suami, bila bangun subuh baru cakap minta belikan ais sebab badan rasa panas sangat.

"Jadi, saya pegang kepala, panas sangat-sangat, terus ke Pusrawi. Masa tengah menunggu nak masuk wad, banyak kali dia tanya saya, 'awak makan apa ni pagi?'.

Saharul dan isteri bakal timang anak kedua.

"Waktu sakit-sakit pun masih ingat perut suami ini ya. Semoga Allah berikan kemudahan dan kesihatan yang baik pada isteri dan baby dalam kandungan.

"Tolong doakan isteri dan baby kami ya? Terima kasih atas doa anda semua," ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun. 

Saharul Ridzwan

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan