PELAKON Amyza Aznan mendedahkan dia tidak kisah untuk berkongsi pandangan secara terbuka di media sosial selagi tidak melanggar batas undang-undang. Amyza, 43 berkata, dia hanya akan bersuara mengenai sesuatu perkara itu sekiranya difikirkan perlu. ARTIKEL BERKAITAN: “Macam ni layanan untuk artis sendu macam aku” - Amyza Aznan kesal produksi tidak adil, lambat dapat bayaran kerana tidak popular ARTIKEL BERKAITAN: Amyza Aznan Hilang Sabar Sikap Kru Sewa Rumahnya "Kenapa perlu rasa takut kalau perkara itu betul? Amyza berpendapat dia perlu bersuara sekiranya perlu. "Jangan sampai kita boleh dikenakan tindakan undang-undang, sudahlah. "Kalau saya rasa saya perlu bercakap mengenai sesuatu perkara itu, saya akan lakukan. Memang orang akan cakap saya ni lantang sangat di media sosial... tapi bukan selalu," ujarnya kepada mStar. Bagaimanapun, Amyza berkata, kelantangannya dalam meluahkan pendapat perlu mempunyai batas dan tidak menyentuh sensitiviti masyarakat. Tambah Amyza, dia juga tidak takut sekiranya digam mana-mana stesen televisyen kerana bertindak sedemikian. "Lantang kena ada batas... sensitiviti orang kita kena jaga. Artis dulu kena banned kalau lakukan kesalahan macam ambil dadah atau gambar bogel tersebar. Sekarang ni tak buat benda itu pun dah rasa digam. AMYZA AZNAN Pelakon "Kalau tak cakap lepas pun saya rasa umpama sudah digam... lebih baik saya cakap saja. "Artis dulu kena banned kalau lakukan kesalahan macam ambil dadah atau gambar bogel tersebar. Sekarang ni tak buat benda itu pun dah rasa digam," ujarnya. Amyza Aznan merupakan salah seorang selebriti yang dilihat lantang bersuara di media sosial. Ini termasuklah hal berkaitan industri hiburan dan beberapa hal peribadi membabitkan dirinya.