suria

Terpalit banyak kontroversi... Baby Shima dituduh sengaja cipta publisiti murahan - “Saya tak kisah apa orang cakap”

Baby Shima tidak kisah jika digelar ratu gimik hanya kerana terpalit dengan beberapa kontroversi panas tahun ini.

TAHUN 2019 merupakan tahun mencabar buat penyanyi Baby Shima apabila namanya terpalit dengan beberapa kontroversi sehingga menjadi perhatian media di Malaysia dan Indonesia.

Mengakui kontroversi yang timbul bukanlah atas kehendak dirinya, Shima menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya dia gemar mencipta gimik murahan untuk meraih populariti.

"Saya akui nama agak panas pada tahun ini apabila terpalit dengan kontroversi dan beberapa isu... sampaikan apa-apa benda terjadi orang kata itu hanya gimik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bersihkan nama saya!” - Baby Shima terkejut dikaitkan dengan aktiviti pelacuran di Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak gembira dengar lagu dia, orang puji di depan tapi mengata di belakang” - Baby Shima kata ramai jadi pengampu Aliff Syukri

"Terpulanglah, hak mereka nak percaya atau tidak sebab saya tak boleh nak tutup mulut mereka... benda tak jadi pada mereka, bolehlah cakap macam tu!

"Kalau nak gelar saya ratu gimik sekalipun terpulang sebab saya bukan jenis ambil kisah orang nak cakap apa," katanya kepada mStar.

Karier nyanyian Baby Shima berkembang baik di Indonesia.

Awal tahun ini, nama Baby Shima menjadi sebutan di Indonesia apabila terkait dengan kes pelacuran atas talian.

Dia juga mencipta kontroversi apabila bergaduh dan bertengkar dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.

Alhamdulillah, karier saya di Indonesia semakin baik dan sekarang saya menetap di sana, kalau ada program di Malaysia baru balik sini!

BABY SHIMA

Penyanyi

Meskipun terpalit dengan kontroversi, Baby Shima berkata tawaran persembahan dan karier nyanyiannya di Indonesia berkembang baik sehingga dia mengambil keputusan untuk menetap di sana.

"Alhamdulillah, karier saya di Indonesia semakin baik dan sekarang saya menetap di sana, kalau ada program di Malaysia baru balik sini.

Kedatangan Baby Shima disambut baik oleh peminat di Indonesia.

"Sejujurnya rutin harian ini agak memenatkan tapi saya tak rasa ia satu bebanan, peminat di Indonesia juga menyambut kedatangan saya dengan begitu baik," ujarnya.

Sementara itu, Shima berkata karier seninya di Indonesia tidak terganggu meskipun kedua-dua negara pernah berdepan beberapa isu sehingga timbul ketegangan di media sosial.

"Kalau ada isu membabitkan dua negara, kita tengok di laman sosial memang riuh tapi hakikatnya di sana macam tiada apa-apa yang berlaku. Semuanya okay dan terkawal.

"Netizen ni di laman sosial sahaja yang lebih-lebih tapi bila depan-depan semua okay, jadi isu membabitkan negara ini tidak pernah menganggu karier saya," katanya.

Baby Shima

Artikel Lain