suria

Serba tak kena! Badan makin besar, jumlah pengikut Instagram ‘sendu’ punca Shah Iskandar hilang ‘job’ lakonan

Shah Iskandar bersama isteri, Siti Sarah Mohd Noor.

PELAKON Shah Iskandar sedar sikapnya yang tidak mengambil berat mengenai kepentingan media sosial menjadi penyebab dia seperti dipinggirkan daripada dunia seni.

Menurut Shah, 36, susulan itu terdapat penerbit, pengarah serta peminat yang menyangka dia sudah tidak lagi aktif sebagai pelakon.

"Saya akui tawaran lakonan tidak 'selebat' dahulu... mungkin saya agak degil tak mahu ikut arus zaman seperti pelakon lain mempromosikan diri di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Iskandar Latih Isteri Jadi Pengurus

ARTIKEL BERKAITAN: Badan makin berisi, muka berjambang dan bermisai... Shah Iskandar tak kisah hilang 'body ala model'

"Saya akui bab media sosial saya memang agak jarang update sampaikan isteri saya tegur dan meminta saya agar lebih rajin menggunakan medium itu. 

"Jadi tidak menafikan ini antara punca nama saya agak kurang kedengaran kebelakangan ini. Tapi sebagai seorang yang meminati bidang lakonan saya masih berusaha menempatkan nama agar terus kekal relevan," katanya kepada mStar.

Pelakon kelahiran Singapura ini ditemui semasa pelancaran produk untuk ibu bersalin jenama Embah yang diadakan di sebuah hotel di Selangor, baru-baru ini.

Shah mengakui kurang menerima tawaran lakonan.

Gara-gara tiada tawaran lakonan, Shah berkata dia pernah terfikir untuk mengundurkan diri daripada industri seni.

"Sejujurnya saya pernah terfikir nak balik Singapura dan kerja di sana tapi apabila terlintas ke arah itu, tiba-tiba ada pula tawaran lakonan.

"Nak kata saya memilih watak tidak juga... tawaran pun tak banyak jadi memang tak boleh nak memilih, apa orang bagi kita ambil. Kalau nama saya ditolak, itu ada!

"Selalunya mereka kata watak itu tak sesuai untuk saya, malah baru-baru ini pun dikatakan badan saya terlalu besar. Tapi bagi saya nama ditolak itu perkara normal," ujarnya.

Shah tidak akan berputus asa sebagai pelakon.

Sementara itu, pelakon drama Syurgaku Tak Sempurna ini berkata fokusnya kini lebih kepada keluarga dan perniagaan.

Dalam masa sama, dia akan terus kekal bergelar pelakon dan tidak sesekali berputus asa sebagai anak seni.

"Sekarang ini saya agak sibuk menguruskan bisnes dan tak lama lagi akan membuka sebuah restoran di Kuala Lumpur.

"Soal lakonan sekarang ini saya doa sahaja, kalau ada rezeki adalah... sejujurnya saya pun dah sampai satu tahap reda saja dan buat promosi di laman sosial setakat yang mampu, tetapi saya tidak akan putus asa," katanya.

Shah Iskandar

Artikel Lain