suria

“Hidup ini singkat, tak tahu bila akan mati” - Ini alasan Risteena, Isa Khan sakan tunjuk bahagia di media sosial

Risteena dan Isa terbuka kongsi foto bersama di laman sosial.

SEMENJAK mengumumkan sudah bertunang, pasangan pelakon Nur Risteena dan Isa Khan dilihat semakin terbuka berkongsi mengenai hubungan cinta mereka di laman sosial.

Menurut Risteena atau Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 30, Isa sentiasa mahu membahagiakannya selagi terdaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet! Risteena kongsi momen bahagia Isa Khan basuhkan kaki, potongkan kuku - “Kesungguhan dia tak semua orang boleh buat”

"Sejak kami kenal, saya nampak Isa sentiasa mahu membahagiakan serta menggembirakan saya... dia lakukannya tanpa henti.

Risteena dan Isa rancang untuk berkahwin pada tahun hadapan.

"Dia selalu cakap pada saya yang hidup ini singkat dan tak tahu bila akan mati, sebab itu setiap hari dia akan cuba bahagiakan saya.

"Isa takut kalau nanti dia sudah tiada di dunia ini, tak sempat nak tunjuk sayangnya pada saya," kata Risteena kepada mStar.

Baru-baru ini Risteena berkongsi rakaman pendek momen-momen indah ketika bersama dengan tunangnya di laman sosial.

Antara yang mencuri perhatian pengikut ialah aksi Isa menyuapkan makanan, membasuh kaki dan memotong kuku pelakon drama Playboy Itu Suami Aku.

Ada orang yang buat salah tapi sampai mati pun tak nak berubah dan Isa bukan seperti itu.

NUR RISTEENA

PELAKON

Dalam pada itu menurut Risteena, biarpun mendengar pelbagai cerita tidak baik mengenai Isa namun dia melihat tunangnya itu sentiasa memperbaiki diri agar menjadi yang lebih baik.

"Setiap orang ada kekurangan yang kadang-kala diri sendiri pun tak nampak. Tak ada orang yang lahir terus menjadi sempurna dan semua orang ada buat silap.

"Asalkan kita tahu untuk berubah dan menjadi orang yang lebih baik. Saya selalu berpesan pada Isa, walau apa pun orang cakap fasal dia, buktikan pada mereka siapa dirinya sekarang.

"Dan Alhamdulillah dia menjadi seorang yang lebih baik sekarang ini. Ada orang yang buat salah tapi sampai mati pun tak nak berubah dan Isa bukan seperti itu," ujarnya. 

Risteena dan Isa mendedahkan mereka mula berkenalan ketika menjalani penggambaran drama Bulan Di Kota Langit dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak lima bulan lalu.

Sebelum ini, Isa mengumumkan dia sudah melamar Risteena pada 23 November lalu sewaktu bercuti di Bali, Indonesia dengan disaksikan wakil keluarga kedua belah.

Nur Risteena, Isa Khan, Ruhainies

Artikel Lain