suria

Fasha Sandha ‘basuh’ peminat tak guna otak, ajak bergambar tak kena masa - “Orang lain beribu-beribu dapat selfie dengan saya”

Fasha menegaskan dia tidak pernah menolak permintaan peminat untuk bergambar.

GARA-GARA berang permintaan ingin berswafoto tidak dilayan, seorang individu bertindak memburukkan pelakon Fasha Sandha di laman sosialnya.

Menerusi posting di Facebook, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini dikatakan berperwatakan sombong dan tidak mesra peminat ketika berada di tempat awam.

Kecewa dengan dakwaan seperti itu, Fasha, 35, tampil menegaskan dia sentiasa menerima pelawaan peminat ingin bergambar namun mereka perlu peka dengan situasi semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan Fasha Sandha mahu cuci najis ibu undang sebak Roslan Shah - “Wanita seperti dia susah nak cari”

"Artis bukan milik masyarakat, kami milik Allah dan keluarga kami. Jadilah peminat yang bijak. Tengoklah masa sesuai nak minta selfie.

"Orang lain beribu-beribu dapat saja selfie dengan saya. Masa awak minta ini tak kena masa, lepas itu nak viral burukkan artis.

Fasha memuat naik paparan skrin status individu yang memburukkan dirinya.

"Hina muka saya, hina saya pakai selipar. Apa masalahnya kalau saya pakai selipar. Sejujurnya awak telah fitnah saya," kata Fasha.

Individu yang menggunakan akaun bernama Siti Sara itu mendakwa Fasha bersikap sombong terhadapnya selain turut mengkritik penampilan aktres itu.

Malah, individu tersebut juga mengajak orang ramai berhenti mengundi Fasha dalam mana-mana anugerah pilihan peminat.

Dalam pada itu menjelaskan mengenai situasi sebenar insiden yang dimaksudkan, Fasha berkata dia tidak menolak permintaan individu tersebut namun hanya meminta sedikit masa untuk menguruskan anak-anaknya.

Saya ingat awak... sebab semalam masa awak minta selfie, saya kata sekejap ya sebab nak uruskan anak-anak.

FASHA SANDHA

PELAKON

"Tugas saya sebagai seorang ibu dan isteri adalah nombor satu. Saya tak kisah pun nak undi ke tak nak sebab dah tak kisah bab anugerah. Fokus utama saya adalah anak-anak, bukan undi anugerah.

"Saya ingat awak... sebab semalam masa awak minta selfie, saya kata sekejap ya sebab nak uruskan anak-anak. Lepas saya bayar dan lepas anak-anak bermain, saya cari awak, siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar tadi.

"Pekerja saya kata awak dah tak ada. Apa-apa pun terima kasih. Saya harap penjelasan ini jelas dan semoga peminat dapat guna otak bila masa sesuai nak selfie dengan artis terutama yang dah ada ramai anak," ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Semua Salahku ini juga ada menyenaraikan waktu yang tidak sesuai untuk bergambar dengannya.

Fokus utama Fasha hanya anak-anak.

Antaranya, ketika dia bersama anak-anak, menjamu selera bersama keluarga dan di hadapan kaunter atau mesin juruwang automatik (ATM).

"Jangan ganggu ketika saya bersama anak-anak, anak-anak buah dan anak-anak sahabat saya kerana tanggungjawab menjaga anak ini bukan tugas yang mudah, seminit terleka, anak boleh hilang.

"Ketika di hadapan kaunter atau ATM dan urusan kewangan. Sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut. Di kaunter tiket atau laluan mana-mana tempat sesak dengan anak-anak.

"Ketika saya sedang mengadap rezeki, makan dengan keluarga saya. Ingat ya, selepas saya menjadi seorang ibu, populariti bukan keutamaan saya," ujarnya.

Fasha Sandha

Artikel Lain