NAMA pelakon Aliff Aziz dan bekas isterinya Bella Astillah kembali menjadi perbualan hangat apabila mereka memuat naik foto bersama di Instastory. Bella, 26, ada berkongsi foto mesra sedang merangkul tangan seorang lelaki dipercayai bekas suaminya itu yang berada di kerusi pemandu. ARTIKEL BERKAITAN: “Fikiran jangan terlalu kolot!” - Bella Astillah jawab cacian ‘gila glamor’ kerap buat IG Live dengan Aliff Aziz Lebih menguatkan spekulasi mengenai identiti lelaki tersebut apabila Aliff turut memuat naik swafoto yang memperlihatkan Bella di belakangnya dalam sebuah kereta. Bella kongsi semula posting bekas ibu mentuanya dan Aliff memadam semua foto di Instagram. Dua foto tersebut menarik perhatian netizen yang membuat andaian pasangan itu kini sudah kembali bersama. Sebelum ini, gara-gara membuat siaran langsung (IG Live) di Instagram bersama bekas suami, pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah dituduh cuba meraih perhatian netizen. Menerusi pemerhatian mStar, Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 29, memadam semua foto di Instagram. Dalam pada itu, Bella juga ada memuat naik semula posting ibu kepada Aliff iaitu Fiza Aziz mengenai mutiara kata daripada akaun Twitter Mufti Menk. Jadilah seorang manusia yang lebih baik daripada kita sebelum ini. MUFTI MENK Kata-kata yang dikongsi Mufti Menk itu seakan-akan menggambarkan mengenai hubungan Aliff dan Bella. "Masa lampau anda merupakan cermin untuk masa kini. Belajar daripada itu dan jangan mengulangi kesilapan yang sama lagi. "Babak baru dalam kehidupan sentiasa menanti kita daripada hari ke hari. Jadilah seorang manusia yang lebih baik daripada kita sebelum ini. "Jangan terlepas pandang walaupun kebaikan kecil yang dilakukan. Mereka ada membuat perubahan," tulis Mufti Menk. Bella dan Aliff mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei tahun lalu. Menerusi laporan mStar pada 7 September tahun lalu, Bella mengakui masih dalam proses untuk melupakan kisah silamnya dengan Aliff dan sudah memaafkan bekas suaminya. Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun. Pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi kelahiran Singapura itu beberapa kali kantoi curang.