suria

“Wow! Welcome back” - Peminat teruja, Faizal Tahir muat naik posting pertama tahun 2020 selepas empat bulan menyepi

PENYANYI Faizal Tahir membuatkan ramai peminatnya teruja apabila kembali aktif menerusi Instagram selepas empat bulan berehat daripada menggunakan laman sosial itu sejak September tahun lalu.

Menerusi entri terbaharu yang dimuat naik pada Rabu, Faizal berkongsi sebuah video dipercayai di Lubnan bagi mengikuti misi kemanusiaan di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perasaan saya remuk dan patah hati...” - Faizal Tahir batal hasrat adakan konsert, umum berundur daripada industri

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini lawak atau prank? Saya tak suka gosip ini” - Faizal Tahir terkejut dakwaan bercinta dengan Sissy Imann

"Testing, testing", ujarnya ringkas sambil memberikan pose peace.

Selain itu, Faizal dilihat turut berkongsi suhu cuaca di negara itu menerusi paparan aplikasi ramalan cuaca yang dimuat naik menerusi Instastory miliknya.

Posting pertama dimuat naik Faizal Tahir pada tahun 2020 mengejutkan ramai peminatnya.

Sementara itu, peminatnya termasuk rakan selebriti seperti Elizad Sharifuddin, Yasin Sulaiman dan Fakhrul UNIC turut meluahkan rasa gembira dengan kemunculan penyanyi lagu Assalamualaikum itu yang.

Rata-rata mereka merindui kehadirannya di laman sosial.

"Assalamualaikum, welcome back my brother.

"Welcome back FT! Been waiting patiently for this day.

"Selamat kembali bapak! Kami amat merinduimu. Semoga semuanya baik-baik saja. Take care," tulis netizen.

Sementara itu, hasil semakan mStar di Instagram miliknya mendapati Faizal bertindak memadam semua gambar yang dimuat naiknya sebelum ini melainkan posting yang terbaharu itu.

Selamat kembali bapak! Kami amat merinduimu. Semoga semuanya baik-baik saja.

PEMINAT FAIZAL TAHIR

Faizal sebelum ini mengumumkan untuk berehat panjang daripada industri hiburan selepas terkejut dengan berita pemergian dua individu yang rapat dengannya iaitu pemain gitar Wan Kelly dan Fauzi Samin atau dikenali sebagai Aji.

Dengan kehilangan besar itu juga Faizal membuat keputusan membatalkan hasrat untuk mengadakan konsert berskala besar yang dirancangnya sebelum ini.

Pemain gitar bass, Ally Rahman atau Wan Kelly Abdul Rahman meninggal dunia ketika sedang melakukan sesi latihan dan ujian bunyi (soundcheck) di sebuah taman tema di Ipoh, Perak pada 4 Mei 2019.

Dunia hiburan kemudiannya sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian pemain gitar terkenal, Fauzi Samin atau Aji, 50, yang meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah pusat perubatan di Bukit Rimau, Shah Alam kira-kira pukul 11.45 pagi, 5 September 2019.

View this post on Instagram

testing

A post shared by FT (@faizal_tahir) on

Faizal Tahir, Instagram

Artikel Lain