MESKIPUN baharu membina nama dalam industri seni tanah air, pelakon Hun Haqeem tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dan berkahwin dalam masa terdekat. Hun, 22, berkata dia percaya Allah telah menyusun perjalanan hidup setiap manusia dengan baik dan perkahwinan bukanlah bererti penutup pintu rezeki dalam bidang ini. "Bagi saya tak salah kalau nak kahwin awal, itu pun sunnah... selalu orang letak persepsi kalau kahwin awal karier seni akan berakhir. Tapi bagi saya tidak, kerana yang paling penting keikhlasan kita dalam bidang ini. ARTIKEL BERKAITAN: Ini 5 fakta menarik tentang Hun Haqeem, pelakon kacak watak ‘Jekfer’ dalam Kampung People ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana tiru slang Inggeris King Coco dalam ‘Kampung People’ - “Tapi kalau suruh cakap macam tu 24 jam... saya pun meluat!” "Kalau Tuhan dah tulis kita berkahwin awal takkan dia nak tutup rezeki kita pula kan? Adakah sebab takut hilang nikmat dunia kita nak tolak rezeki jodoh yang Allah bagi, sebab itu saya sentiasa percaya rezeki Allah. "Lagipun banyak faedah berkahwin ketika usia masih muda ni, antaranya fizikal saya masih mampu untuk menyara keluarga dan membesarkan anak-anak," katanya kepada mStar. Penonton puji lakonan Hun dan Riena dalam Kampung People. Ditanya mengenai ciri-ciri wanita idaman, pelakon drama Kampung People ini berkata dia tidak memilih asalkan mereka serasi dalam perhubungan. "Saya tak letak target bila nak kahwin tapi kalau umur 25 tahun saya rasa dah okay... saya suka wanita yang luarannya sempoi dan kasar-kasar tapi hakikatnya seorang yang sangat mengambil berat tentang diri saya. Ramai yang cuba-cuba tackle tapi saya anggap itu hanya gurauan dan saya layankan saja usikan mereka! HUN HAQEEM PELAKON "Tentang umur saya tak kisah jika dia lebih berusia sekalipun, asalkan pasangan itu matang dalam perhubungan. Tapi buat masa ini saya masih single lagi ya... belum jumpa ciri-ciri itu! "Sejujurnya, di laman sosial ramai yang cuba-cuba tackle tapi saya anggap itu hanya gurauan dan saya layan saja usikan mereka," ujarnya. Bercakap mengenai drama Kampung People, jejaka berasal dari Kuching, Sarawak ini mengakui terkejut dan tidak menyangka ia mendapat sambutan hebat penonton. Hun pernah bergandingan dengan aktres, Janna Nick dalam drama Cari Aku Di Syurga. Tambah Hun, awalnya dia agak bimbang dengan penerimaan penonton kerana perlu membawakan watak di luar kebiasaannya. "Awal-awal dulu agak risau dengan penerimaan penonton kerana perlu bawa watak orang kampung sebab muka macam tak berapa nak sesuai, sebelum ini bawa watak orang bandar dan anak orang kaya. "Alhamdulillah sepanjang 13 episod drama ini bersiaran, maklum balas penonton sangat baik dan mereka sukakan watak Jaafar itu. Saya rasa sangat bersyukur dan anggap ini sebagai langkah yang baik untuk saya lebarkan lagi bakat lakonan. "InsyaAllah selepas ini saya akan hadir dengan karya yang lebih baik... apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada semua penonton dan kalau boleh saya nak berjumpa setiap peminat yang tak henti-henti menyokong perjalanan seni saya," katanya. Selain Hun Haqeem, Kampung People turut dibintangi Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Fizz Fairuz dan Namron.