suria

Raysha Rizrose kesal individu dikenali curi wang dan gelang pusaka keluarga - “Mama buat solat hajat sampai satu hari...”

Raysha Rizrose mendedahkan keluarganya kehilangan lebih ratusan ribu ringgit akibat dicuri seorang lelaki dari Terengganu.

PELAKON Raysha Rizrose mendedahkan keluarganya kerugian sejumlah wang gara-gara dicuri seorang lelaki yang berasal dari Terengganu.

Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Rizrose, 24, berkata, barangan yang lesap itu termasuklah gelang tangan yang merupakan harta pusaka turun-temurun pemberian arwah neneknya selain wang tunai milik adik-beradik lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Playboy panjang tangan! Baik dengan keluarga artis popular kemudian curi duit, barang kemas - “Tak sangka sebab dia pernah imamkan solat”

ARTIKEL BERKAITAN: Raysha Rizrose Kesal Dituduh Bersikap Diva Kerana Pilih Jurusolek

"Kalau nak cakap mengenai jumlah kerugian itu memang terlalu banyak sampai kami sendiri pun terkejut.

"Antara barangan yang hilang adalah wang tunai selain gelang tangan yang merupakan harta pusaka pemberian arwah nenek. Itu memang harta turun-temurun yang kami memang sayang sangat-sangat.

Nelydia Senrose turut memuat naik posting di laman Twitter miliknya sehingga beberapa keping gambar pemuda berkenaan menjadi tular.

"Bukan setakat duit mama, duit adik-adik yang kecil umur 12 tahun pun dia ambil," ujarnya kepada mStar.

Pada malam Sabtu, Raysha memuat naik status kakaknya iaitu Nelydia Senrose yang meminta orang ramai berhati-hati dengan seorang individu yang mencuri harta keluarganya.

Bercerita lanjut, adik kepada aktres Uqasha dan Nelydia Senrose ini berkata, keluarganya mula mengenali individu itu melalui kakaknya ketika berada di sebuah majlis sebelum ini.

Kata Raysha, sikap lelaki berusia 23 tahun itu yang sangat ringan tulang dan pandai ambil hati membuatkan dia dan keluarga memberi kepercayaan untuk membantu mereka sekeluarga termasuk menemani ibunya ke sesebuah tempat.

"Asalnya dia memang orang luar... kami kenal dia dari sebuah event tapi disebabkan dia dah selalu tolong dan banyak kerja dengan keluarga itu yang membuatkan kami layan dia dengan sangat baik.

Kemudian mama solat hajat tanpa henti sampai satu hari masa kami tiada di rumah, mama perasan yang satu benda yang dia baru saja letak di tempat itu dah tiada dan mama dapat tahu rupanya dia ada datang ke rumah.

RAYSHA RIZROSE

PELAKON

"Dia pun pandai ambil hati sampai kalau tak disuruh buat kerja pun dia akan offer untuk tolong kami dan selalunya dia akan teman mama ke satu-satu tempat.

"Perwatakan dia memang tak menunjukkan macam dia nak menumpang kesenangan kami pun... sebab itu kami tak pernah sangka dia begitu. Tak sangka ada manusia dalam dunia yang tahap munafiknya macam ni," katanya.

Menurut Raysha, meskipun menyedari mengenai kehilangan barang dan wang tunai sepanjang tempoh dua tahun lelaki itu bersama keluarganya, namun dia enggan menuduh tanpa memiliki bukti.

"Sepanjang dua tahun itu memang ada saja barang yang hilang, adik saya pernah syak dia tapi kami tak nak percaya dia lakukan semua itu. Lagipun tak mahu menuduh saja tanpa ada bukti. Memang kami tak pernah nampak sendiri sebab selalunya dia buat kerja (mencuri) itu semasa tiada orang di rumah.

"Kemudian mama solat hajat tanpa henti sampai satu hari masa kami tiada di rumah, mama perasan yang satu benda yang dia baru saja letak di tempat itu dah tiada dan mama dapat tahu rupanya dia ada datang ke rumah. Kemudian mama berdepan sendiri dengan dia dan tanya sendiri kepadanya dan akhirnya dia mengaku.

"Alhamdullilah akhirnya dia mengaku sendiri dan ianya memudahkan kami sekeluarga," katanya.

Keluarga Raysha menjadi mangsa curi seorang pemuda.

Tambah Raysha lagi, meskipun dia mengetahui lelaki berkenaan berasal dari keluarga yang susah namun ia bukanlah alasan untuk mencuri.

"Niat saya hanya nak orang ramai berhati-hati dengan orang yang begini... mukanya tebal walau masa dah kena tangkap pun dia buat muka tak bersalah," ujarnya.

Dalam pada itu, Raysha memberitahu laporan polis berhubung kes curi itu di Balai Polis Subang Jaya, pada November tahun lalu.

Raysha Rizrose, harta pusaka

Artikel Lain