suria

“Jika berdepan masalah, jangan jadi mangsa dan jangan buang orang” - Sharifah Sakinah kongsi kenangan kutip derma untuk Puteri Balqis

Sakinah dan beberapa rakan selebriti pernah mengadakan jualan barangan terpakai bagi mengutip derma untuk Puteri Balqis.

PELAKON Sharifah Sakinah berkongsi kenangan ketika dia bersama rakan-rakan selebriti mengadakan jualan barangan terpakai bagi membantu pelakon Puteri Balqis.

Sakinah, 31, berkata ketika itu dia berasa seronok menjual barang milik pengarah Michael Ang sehingga sanggup terbaring di kaki lima.

ARTIKEL BERKAITAN: Peringatan Puteri Balqis untuk Nabila Huda - “Saya diuji dengan kesusahan, auntie diuji dengan kemewahan”

Adik kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah ini juga memberi nasihat secara umum agar tidak menjadikan sesuatu masalah itu sebagai penghalang untuk melakukan sesuatu.

Sakinah turut memuat naik foto dia sedang terbaring.

"Seronok masa ini jual barang @michaelang38 untuk kutipan derma @rockingbalqis. Sampai terbaring di kaki lima.

"Kebahagian memerlukan perjuangan. Ia wujud dari masalah, ujian itu datang dengan pelbagai cara.

"Jika anda berdepan dengan masalah, jangan jadi mangsa, jangan buang orang dan berbuat baik dengan orang lain.

Kebahagian memerlukan perjuangan. Ia wujud dari masalah, ujian itu datang dengan pelbagai cara.

SHARIFAH SAKINAH

PELAKON

"Lakukan sesuatu, semua jawapan akan mengikuti,” tulis Sakinah di laman Instagramnya pada Rabu.

Rata-rata netizen memuji sikap Sakinah dan rakan-rakan selebriti yang ingin membantu meringankan beban Balqis, 13.

Selain Sakinah, pelakon Nabila Huda dan Jihan Muse antara selebriti yang turut serta dalam acara amal mengutip derma untuk Balqis itu pada dua tahun lalu.

Sakinah bersama Puteri Balqis.

Nabila pernah memberitahu hasil daripada jualan tersebut mereka berjaya mengumpul RM2,500 dan sudah diserahkan kepada Balqis secara berperingkat.

Kehidupan Puteri Balqis dilanda pelbagai dugaan sehingga pernah mengikat perut selama beberapa hari mengundang rasa sebak penonton.

Kisah keperitan hidup Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz mula menjadi perbualan hangat selepas disiarkan dalam program Bersamamu (TV3) pada Ahad lalu.

Berikutan kesempitan hidup, Balqis, mula menjual buku puisi nukilannya, 38 Poems Of Puteri Balqis di jalanan.

Artikel Lain