suria

Video tak senonoh, Aliff Aziz akui berada dalam keadaan sukar - “Saya sudah malukan orang tersayang”

Aliff mengakui dia telah memalukan orang tersayang dengan tindakan tidak senonohnya.

SELEPAS dua hari video aksi tidak senonoh menjadi tular, penyanyi Aliff Aziz akhirnya tampil memberi responS terhadap isu tersebut.

Aliff, 29, mengakui telah memalukan hati orang yang disayangi dan kini dirinya dalam keadaan teruk disebabkan masalah yang ditimbulkan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak serik! Aliff Aziz buka episod tahun baharu dengan video aksi tak senonoh - “Ada kawan bukan nak tolong, siap rekod”

Penyanyi lagu Sayang Sayang ini juga menganggap segelintir netizen yang mempersendakannya tidak akan mampu untuk bertahan jika berada dalam situasi yang sama.

Status yang dimuat naik Aliff di Instastorynya.

"Teruskan ketawa pada kesakitan saya. Ya, saya teruk. Saya yang timbulkan masalah sendiri tapi percayalah, cuba berada di tempat saya dan mungkin baru satu langkah anda dah jatuh.

"Ya, saya memalukan orang tersayang. Tidak ada sesiapa yang tahu kesukaran saya. Tak apa, saya tidak ada hutang penjelasan kepada sesiapa.

"Asalkan saya masih ada Allah dan tidak kira macam mana teruk orang fikir tentang saya, saya masih hambaNya," tulisnya di Instastory pada Rabu.

Pada Isnin, video yang memperlihatkan bekas suami kepada pelakon Bella Astillah itu bertengkar dan mencetuskan pergaduhan tular di media sosial.

Kelakar bagaimana orang boleh anggap diri sebagai muslim tetapi mulut mereka seperti mereka adalah hamba yang terbaik.

ALIFF AZIZ

PENYANYI

Aliff dilihat cuba melakukan provokasi terhadap beberapa lelaki dalam kejadian dipercayai berlaku di sebuah restoran di Singapura baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 1 minit 3 saat itu, Aliff mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang individu sebelum mula membaling kerusi.

Selain itu, Aliff tanpa segan silu turut membuka zip seluar sebelum menunjukkan kemaluannya kepada orang ramai.

Dalam pada itu, abang kepada penyanyi Aisyah Aziz ini menasihati netizen untuk mencermin diri sendiri sebelum menilai sikap dan tingkat laku orang lain.

Biarpun mencetuskan pelbagai kontroversi, Aliff mempercayai segala aturan rezeki di tangan Tuhan.

"Kelakar bagaimana orang boleh anggap diri sebagai muslim tetapi mulut mereka seperti mereka adalah hamba yang terbaik.

"Cerminkan diri anda dan lihat jika anda layak untuk menjatuhkan hukum. Nota untuk diri sendiri. Rezeki semua tangan Tuhan.

"Jangan sedap hina nanti terkena batang hidung sendiri baru rasa padannya," katanya.

Artikel Lain