suria

Gila blue tick! Sharifah Zarina terkilan pelakon ‘extra’ minta jual Instagram - “Baik kau spend dekat skincare adik...!”

Sharifah Zarina terkilan dengan sikap seorang pelakon baru.

PENYANYI Sharifah Zarina menyelar tindakan seorang pelakon baharu yang disifatkannya biadab apabila seolah-olah cuba menghina dirinya.

Berdasarkan mesej peribadi yang dihantar pelakon itu pada asalnya meminta Zarina untuk mengajarnya bagi mendapatkan pengesahan (verified badge) dari pihak Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN:  Akhirnya orang kenal juga penjual bakso itu Sharifah Zarina

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Zarina Tak Serik Rakam Lagu Ketika Nama Semakin Tenggelam

Bagaimanapun Zarina terkilan apabila pelakon itu tiba-tiba meminta dia untuk menjual Instagram miliknya itu.

"Zaman sekarang gila blue tick pun ada. Pelakon baru nak up (saya tak kenal pun sebenarnya) level extra-extra mesej peribadi, ingatkan tanya minta ajar macam mana nak dapatkan blue tick.

Antara kandungan mesej peribadi yang dihantar pelakon itu kepada Zarina.

"Gigihlah saya screenshot dan ajar dia. Rupa-rupanya dia suruh saya tolak Instagram dekat dia.

"Banyak cantik perangai kau dik. Aku ni pun menunggu dekat nak dua tahun baru dapat verified badge tu tau," ujarnya.

Kata Zarina, dia berasa terkilan dengan sikap pelakon berkenaan yang mahu meraih populariti dengan cara mudah.

Tambah Zarina, dia juga tidak terdesak untuk mendapatkan duit dengan menjual laman sosialnya itu.

"Cara minta pun adui macam kau dah kenal akak ni berpurnama je. Naiklah kerana bakat sendiri bukan bakat beli. Akak tak popular mana pun dik... tak payahlah kau hina cara halus. Apa kau ingat akak ni sengkek sangat ke sampai sanggup nak jual Instagram?

"Kerja nak senang tapi usaha tak mahu. Sabar dik, kau muda lagi. Lama lagi boleh berkarya dalam industri. So banyak lagi masa nak kumpul followers dan dapat blue tick tu.

Jangan selekeh sangat. Malulah artis kalau selebet. Takut penat je beli Instagram orang tapi followers lari pula nanti.

SHARIFAH ZARINA

PENYANYI


"Anyway bangga apa sangat dengan blue tick tu? Yang ratus ribu followers pun tak hairan benda tu. Akak pun tak hairan la blue tick tu sebenarnya tapi saja cuba-cuba buat. Sedar diri tak popular mana... tapi Alhamdulillah rezeki Instagram luluskan pula," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Langit ke-7 ini dilihat sempat menasihatkan pelakon itu untuk berusaha agar dirinya dikenali berdasarkan bakat yang dimilikinya dan bukannya dengan memiliki pengikut yang ramai di media sosial.

"Adik, kau kena hafal tagline ‘berdiri atas bakat sendiri’ satu nasihat akak tulus dari hati ni daripada kau beli Instagram akak ni.

"Baik kau spend dekat skincare adik... Groom yourself.

"Jangan selekeh sangat. Malulah artis kalau selebet. Takut penat je beli Instagram orang tapi followers lari pula nanti," katanya.
Sharifah Zarina, pelakon baru

Artikel Lain