suria

“Kami bersengkang mata undi setiap jam” - Haqiem Rusli terima undian tertinggi, menang Fans Club Paling Ngam di EDMA2019

Haqiem Rusli terima undian tertinggi di EDMA2019.

USAHA kelab peminat Haqiem Rusli iaitu Qiemilio mengundi penyanyi kesayangan mereka membuahkan hasil apabila dianugerahkan Fan Club Paling Ngam di malam Era Digital Muzik Awards 2019 pada malam Jumaat

Menurut salah seorang pengendali Qiemilio iaitu Keena, ahli kelab telah menjalankan tugas dengan mengundi Haqiem setiap hari bagi memastikan kemenangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Rusli tanam hasrat anjur pertandingan nyanyian, YouTube jadi platform cari bakat baharu bidang muzik

“Sejak hari pertama undian dibuka, kami sudah gerakkan semua ahli untuk mengundi sehinggalah malam anugerah.

“Setiap satu jam kita akan mengundi dan ada yang tidur sampai pukul 5 pagi semata-mata nak mengundi dan pastikan kemenangan pada malam ini.

Kelab peminat Haqiem iaitu Qiemilio sentiasa menyokong kerjaya artis kesayangan mereka.

“Alhamdulillah usaha kami membuahkan hasil dan kami sangat berpuas hati apabila Qiemilio berjaya mendapat anugerah tersebut,” katanya.

Bagi kategori Fan Club Paling Ngam, Qiemilio menerima undian tertinggi iaitu sebanyak 609,531.

Setiap satu jam kita akan mengundi dan ada yang tidur sampai pukul 5 pagi. 

KEENA

AHLI KELAB QIEMILIO

Kemenangan itu sekaligus mengetepikan calon kelab peminat penyanyi lain antaranya Andi Bernadee, Khai Bahar dan Siti Nordiana, Hael Husaini dan Wany Hasrita.

Dalam pada itu, kumpulan rap K-Clique dan Alif memenangi kategori Lagu Featuring Hit.

Selain itu, Artis Baru Baek menjadi milik Luqman Faiz, Rappers Paling Onz (K-Clique), Lagu Viral Onzz (Donde - Andi Bernadee).

Keputusan pada malam itu ditentukan oleh undian daripada peminat di laman web rasmi era.je.

Haqiem Rusli

Artikel Lain