suria

Daiyan Trisha beri tips untuk keluar dari masalah - “Hidup akan menjadi lebih sukar jika anda bodoh”

Daiyan memberi pendapat mengenai cara untuk mempertingkatkan gaya hidup.

PENYANYI Daiyan Trisha berpendapat kehidupan akan bertambah susah sekiranya seseorang itu memilih untuk berada dalam kalangan orang yang tidak cerdik.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 27, berkata, seseorang individu itu juga tidak perlu menjadi ego jika ingin mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebulan dimuat naik hanya 100,000 tontonan sahaja” - Daiyan Trisha kecewa usaha diperlekeh netizen, Yuna tampil beri kata-kata semangat!

"Hidup ini memang sukar. Tapi ia menjadi lebih sukar jika anda bodoh. Jadilah pandai. Bunyinya memang agak kasar tetapi sekadar jujur.

Daiyan memuat naik status di Twitter.

"jika anda menyedari bahawa anda sedang melalui kesusahan daripada biasa, belajar. Keliling diri anda dengan orang-orang yang pintar.

"Bertanya pada orang sekeliling tentang cara untuk mempertingkatkan gaya hidup anda. Jangan jadi ego," kata Daiyan.

Penyanyi lagu I Wanna See Ya ini memberi pendapat secara jujur di laman Twitter miliknya pada Khamis.

Status yang dimuat naikkan itu menarik perhatian netizen dan mendapat lebih 4000 retweet (ulang kicau) serta hampir 3000 tanda suka.

Daiyan Trisha.

Rata-rata mereka memuji kejujuran Daiyan dan menganggap apa yang diluahankanya itu merupakan kata-kata yang bijak.

Pelakon Sweet Qismina juga memuat naik status tersebut dengan memberi pujian terhadap Daiyan di laman Instastory.

Bagaimanapun, pelakon filem Busker ini tidak menyatakan status yang dikongsikan itu ditujukan kepada mana-mana pihak. 

Daiyan Trisha

Artikel Lain