suria

Apa motif ‘post’ video lama? Netizen syak Aliff Aziz dan Bella Astillah kembali dilamun cinta - “Jangan nakal lagi, supaya jodoh milik anda”

Bella menjelaskan video yang dikongsikan Aliff itu dirakam pada baru-baru ini.

PERKONGSIAN video di Instagram yang memperlihatkan penyanyi Aliff Aziz sedang meluangkan masa bersama bekas isterinya, Bella Astillah dan anak mereka menarik perhatian netizen.

Menerusi video yang berlatarkan lagu It's You nyanyian Ali Gatie itu, Aliff , 29, dilihat seronok bermain bola dengan anaknya, Mohamad Ayden Adrean yang berusia tiga tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah terkejut, luahan hati tiada kaitan dengan kes Aliff Aziz - “Tweet itu dah lama... harap semua faham”

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah rangkul tangan Aliff Aziz? Foto mesra dalam kereta petanda bekas suami isteri ini kembali bersama

Rata-rata netizen ingin mengetahui sama ada video tersebut dirakam ketika mereka masih sebagai pasangan suami isteri atau sebaliknya.

Aliff memuat naik video sedang meluangkan masa bersama bekas isteri dan anak mereka. 

Bagaimanapun Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 26, memberitahu video tersebut masih baru dirakam.

"Untuk maklumat ini bukan video lama, baharu juga," tulis Bella di ruang komen.

Bella turut meninggalkan komen tujuh emoji berbentuk love di video tersebut dan mendapat lebih 1,800 tanda suka serta 85 komen balas.

Namun hasil semakan mStar, video berkenaan dipercayai dirakam pada November tahun lalu kerana Bella pernah memuat naik rakaman di lokasi sama dengan memakai baju yang serupa.

Biarpun ada saja komen negatif namun terdapat segelintir netizen yang mendoakan agar pasangan ini kembali bersama dan berharap Aliff berubah ke arah yang lebih baik.

Untuk maklumat, ini bukan video lama, baharu juga.

BELLA ASTILLAH

PELAKON

"Doa yang baik-baik saja dekat Aliff dengan Bella. Yang pandai bercakap itu ini tu siapa? Adakah anda bidadari yang tidak pernah membuat dosa?

"Tiada siapa yang jahat dalam dunia ini. Get yourself together. Jadilah lelaki sepertimana anda mahu anak anda jadi apabila besar. You can do it Aliff!

"Tolong jangan buat perangai lagi. Saya sangat rindukan keluarga bahagia anda," komen beberapa netizen di laman sosial.

Menerusi laporan mStar pada 5 Januari lalu, Aliff dan Bella pernah memuat naik foto bersama di Instastory sehingga menarik perhatian netizen di media sosial.

Biarpun ada komen negatif namun ada segelintir netizen yang mendoakan agar pasangan ini kembali bersama.

Bella berkongsi foto mesra sedang merangkul tangan seorang lelaki dipercayai bekas suaminya itu yang berada di kerusi pemandu.

Lebih menguatkan spekulasi mengenai identiti lelaki tersebut apabila Aliff turut memuat naik swafoto yang memperlihatkan Bella di belakangnya dalam sebuah kereta.

Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan tersebut mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi kelahiran Singapura itu beberapa kali kantoi curang.

Bella Astillah, Aliff Aziz

Artikel Lain