suria

Sasha Saidin akhiri zaman janda, pilih duda anak dua sebagai teman hidup

Sasha selamat bergelar isteri kepada Sirhan Wahab dengan sekali lafaz.

SELEPAS lapan tahun menjanda, pelakon Sasha Saidin sah bergelar isteri kepada Sirhan Wahab dengan sekali lafaz di The Sanctuary@Melawati, Kuala Lumpur pada malam, Isnin.

Sasha, 43, dinikahkan oleh adiknya yang juga pelakon Zain Saidin, 36, kira-kira pukul 9.29 malam.

Pengantin perempuan menerima RM1,000 sebagai mas kahwin beserta lima berbalas tiga dulang hantaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Sasha Saidin dedah wajah bakal suami pada hari pernikahan - “Berita kahwin pun buat dia culture shock”

Selain itu Sasha juga menerima wang hantaran berjumlah RM10,000.

Majlis pernikahan itu diadakan secara sederhana dengan dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat dan media.

Sasha dan Sirhan dinikahkan oleh adiknya, Zain Saidin.

Pada majlis yang penuh bermakna itu Sasha memilih persalinan rekaan Yann Creation By Yani Bakhtiar dan ditata rias oleh Wira Kastrya.

Selepas berkahwin, Sasha merancang untuk mengikut suaminya yang juga duda anak dua itu berhijrah ke sebuah negara di Asia Barat.

Sebelum ini, Sasha merahsiakan identiti jejaka pilihan hatinya itu bagi menghormati kehidupan peribadi Sirhan yang tidak biasa dengan dunia hiburan.

Pasangan mempelai bersama anggota kumpulan Elite iaitu Linda (kiri), Azza (duduk) dan Watie (kanan).

Sasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner pada 21 Jun 2003 di London namun bercerai empat tahun selepas itu.

Kemudian, dia berkahwin dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono yang berasal dari Indonesia pada 2007 namun berpisah talak satu pada 10 Julai 2012.

Bekas anggota kumpulan Elite itu mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarson yang kini berusia 11 tahun hasil perkahwinan keduanya.

Sasha Saidin, elite

Artikel Lain