suria

Nyanyian Haqiem Rusli terhenti kerana terlalu sebak - “Terkenang dulu lagu itu dikritik, sekarang nyanyi sama-sama”

Haqiem Rusli sebak apabila penonton sama-sama menyanyikan lagu Lembah Kesepian.

PENYANYI Haqiem Rusli mengakui sebak dan terharu sehingga nyanyiannya terhenti seketika apabila mendengar penonton turut bersama-sama menyanyikan lagunya Lembah Kesepian ketika Showcase Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34), baru-baru ini.

Haqiem berkata, dia tidak menyangka lagu ciptaannya itu mendapat sambutan peminat berikutan pada awal pelancaran Lembah Kesepian menerima pelbagai kritikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Rusli tanam hasrat anjur pertandingan nyanyian, YouTube jadi platform cari bakat baharu bidang muzik

Antara artis yang membuat persembahan di Showcase AJL34

"Saya memang tidak sangka penonton akan turut serta menyanyikan lagu itu bersama-sama saya ketika Showcase AJL34 pada Sabtu lalu sehingga nyanyian saya terhenti kerana terlalu sebak.

"Saya terkenang ketika awal lagu itu dilancarkan ramai yang anggap lagu tu sama macam lagu Tergantung Sepi," katanya kepada mStar.

Lagu berkenaan terpilih antara 12 finalis yang bakal bertanding di AJL34 pada 9 Februari depan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.

Haqiem Rusli bersama beberapa finalis lain seperti Naim Daniel, Hazama, Hafiz Suip, Aman Ra, Aina Abdul dan Akim & The Majistret mengadakan persembahan pada Showcase AJL34  di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, Sabtu lalu.

Qiemilio telah memenangi Anugerah Fans Paling Ngam

Dalam pada itu penyanyi lagu Tergantung Sepi itu meluahkan rasa syukur kerana kegigihan kumpulan peminatnya Qiemilio terbayar apabila memenangi anugerah Fans paling Ngam ketika di Era Digital Muzik Award 2019 baru-baru ini.

"Alhamdulillah, bersyukur sebab kelab peminat saya menang pada malam itu. Saya juga turut berbangga dengan kejayaan yang diperoleh oleh kumpulan peminat saya itu.

"Tiada apa yang saya hadiahkan kepada mereka kecuali bertanding di AJL34" ujarnya.

Haqiem Rusli, AJL 34

Artikel Lain