suria

Elak tekanan Puteri Balqis tidak dibenar guna telefon, kini tinggal di rumah penerbit buku - “Dia dalam keadaan sedih dan tertekan”

Puteri Balqis tutup media sosial IG.

PELAKON cilik Puteri Balqis dan ibunya Norashikin Mohd Aziz kini tinggal di rumah penerbit buku puisi 36 Poems of Puteri Balqis iaitu Aini Marhana buat sementara waktu.

Aini ketika dihubungi berkata, perkara itu bagi memudahkan urusan penghantaran buku puisi yang sudah mendapat tempahan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Ramai mesej saya marah-marah!” - Penerbit buku akhirnya cerita punca sebenar Puteri Balqis terpaksa jual puisi di jalanan

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis ‘hilangkan diri’, tutup akaun Instagram selepas tular video mengaku mahu main Forex guna wang sumbangan

Tambahnya, kehadiran pihak-pihak tertentu ke rumah mereka tanpa sebarang temujanji telah menjejaskan operasi proses urusniaga tersebut.

"Mereka sekarang menetap di rumah saya buat sementara waktu bagi menguruskan urusan kerja penghantaran buku.

"Ramai pihak yang datang tidak buat temujanji dahulu sehingga kerja-kerja itu tertangguh dan pembeli buku marah kerana lewat.

Puteri Balqis dan ibunya sibuk menghantar buku-buku yang sudah mendapat tempahan.

"Lagi pula rumah mereka tingkat empat dan sukar untuk bawa buku turun naik," ujarnya kepada mStar.

Aini berkata, anak-beranak itu juga kini berada dalam tekanan dengan berita-berita yang menjadi tular di media sosial.

Malah, buat masa ini Puteri Balqis juga tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bagi mengelakkan emosinya terganggu.

Ramai pihak yang datang tidak buat temujanji dahulu sehingga kerja-kerja itu tertangguh dan pembeli buku marah kerana lewat.

AINA MARHANA

PENERBIT BUKU 

"Puteri Balqis sedang sedih dan tertekan dengan berita-berita yang tular mengenai dia dan ibunya.

"Banyak berita yang tak benar keluar dan kami tak benarkan Puteri Balqis menggunakan telefon untuk mengelakkan dia baca berita-berita itu," ujarnya.

Sebelum ini, kisah kesempitan hidup Puteri Balqis mendapat perhatian selepas disiarkan menerusi rancangan Bersamamu di TV3.

Menerusi program tersebut, Puteri Balqis yang mengalami masalah kesihatan terpaksa menjual buku puisinya di sekitar Kuala Lumpur bagi menampung hidup dia dan ibunya.

Puteri Balqish, Pernebit

Artikel Lain