suria

Shiha Zikir bimbang gagal kawal emosi, terkenang arwah bapa

Shiha bimbang tidak dapat memberikan yang terbaik pada persembahan minggu keempat Dansa Dan Sing Ahad depan.

PENYANYI Shiha Zikir meluahkan rasa bimbang sekiranya tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada program Dansa Dan Sing (DDS) minggu keempat, Ahad depan.

Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 31, lagu Dimanakan Ku Cari Ganti nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bakal mengundang rasa sebak kerana teringatkan arwah bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir hampir tarik diri sertai Dansa Dan Sing, mujur ada Noki (K-Clique) - “Nasib baik dia datang jumpa”

ARTIKEL BERKAITAN: Ada VIP cuba dekati tapi Shiha Zikir tolak cara baik

"Sebenarnya lagu Dimanakan Ku Cari Ganti itu saya tak boleh dengar. Setiap kali dengar saya akan menangis sebab akan teringat arwah ayah.

Shiha bersama empat orang kru tarian atau troopers kumpulannya.

"Ia sangat mencabar dan berat, saya tak tahu sama ada persembahan (minggu keempat) akan menjadi atau worst terus.

"Saya tak boleh kawal emosi... sekali menangis ia akan ganggu semuanya," katanya kepada mStar.

Shiha merupakan salah seorang daripada tujuh peserta program DDS yang bakal membuat persembahan pada konsert yang berlangsung di Auditorium MBSA pada Ahad.

Bercerita lanjut, Shiha berkata, arwah bapanya antara individu yang mendorong dia untuk mengejar cita-cita sebagai penyanyi.

Malah, kata Shiha, bapanya banyak mengajar dia menyanyikan lagu-lagu tradisional Melayu.

Kalau tak kerana arwah ayah, saya takkan berada di sini. 

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

"Dia adalah individu pertama yang mendorong saya untuk menyanyi. Kalau tak kerana arwah ayah, saya takkan berada di sini. Sebab itulah lirik dan melodinya sangat bermakna dan menyentuh hati saya.

"Dia jugalah yang mengajar saya untuk menyanyikan lagu-lagu Melayu sebelum ini. Sebab itulah saya tekad untuk gunakan nama Shiha Zikir walaupun nama Zikir itu sering dipersendakan oleh rakan hanya sebab saya tak bertudung.

"Saya tak peduli mereka nak ejek sebaliknya saya berbangga ia nama bapa saya," ujarnya.

Shiha Zikir, Dansa Dan Sing

Artikel Lain