suria

Luqman Faiz lepaskan kesedihan putus cinta di gim - “Kami masih berhubung... bercinta balik tak mungkin!”

Luqman Faiz mengunjungi gim bagi melepaskan tekanan akibat putus cinta.

PENYANYI Luqman Faiz berkata dia mula mengunjungi pusat kecergasan atau gimnasium setelah putus cinta dengan kekasih pada tahun lalu.

Menurut Luqman, 20, dia mengisi masa terluang dengan bersenam supaya lebih positif dan dalam masa sama dapat melupakan kesedihan itu.

"Selepas putus cinta pada tahun lalu, dua tiga minggu juga saya melayan perasaan, jadi saya cuba atasi dengan pergi gim dan habiskan masa dengan menyertai aktiviti sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya jadi lost, tak tahu nak buat apa” - Berdepan masalah cinta, Luqman Faiz tidur dalam kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Difitnah keluar dengan wanita berbeza, Luqman Faiz kecewa ramai peminat 'left group' - “Terima kasih ganggu ruang privasi saya!”

"Selain dapat lepaskan perasaan di situ, secara tak langsung dapat menjaga kesihatan badan. Alhamdulillah, sekarang ini badan jadi lebih ringan dan stamina di atas pentas lebih baik," katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas kekasih, penyanyi lagu Kepuraanmu ini berkata mereka masih bersahabat baik.

Luqman tidak terfikir untuk kembali bercinta dengan bekas kekasih.

"Walaupun dah putus kami masih berbaik... kami menjalankan perniagaan tudung bersama di bawah jenama Daunshawl, jadi kita kena profesional apabila membabitkan soal kerja.

"Sebelum ini dia merupakan orang paling rapat dengan saya, jadi kepercayaan itu dah ada dan masing-masing pun faham antara satu sama lain.

"Kebiasaannya kalau ada urusan kerja baru kami berhubung, soal peribadi yang lain saya tak ikut campur. Andai kata dia bercinta kembali dengan orang lain, kami tetap akan teruskan bisnes ini," ujarnya.

Luqman mahu fokus karier dan pengajiannya di universiti.

Memasuki tahun 2020, Luqman berkata dia ingin fokus dengan karier seni dan menamatkan pengajian diploma di sebuah universiti awam mengikut waktu yang ditetapkan.

Malah, dia juga enggan lagi memikirkan tentang cinta dan berharap episod hitam yang lalu tidak berulang kembali.

"Nak bercinta balik rasanya memang tak ada, buat masa ini biarlah saya fokus dengan karier seni, famili dan bisnes.

"Paling penting sekarang adalah pengajian saya, kira-kira dua tahun lagi untuk saya akan tamatkan diploma, soal cinta tu letak tepi dululah!," ujarnya.

Luqman Faiz

Artikel Lain