PENGARAH Michael Ang berang apabila seorang individu mempersoalkan cara penampilannya menerusi perkongsian foto di Instagramnya. Lebih menyakitkan hati Michael, 44, apabila individu tersebut tidak mengaku dirinya ada mengikuti akaun Instagram penerbit itu. ARTIKEL BERKAITAN: Michael Ang jadi mangsa santau - “Pukul 2 pagi keluar bintik pada tangan, azan subuh baru hilang” "Apa yang saya boleh katakan pada anda! Tak payah la nak soalkan apa aku post, tak suka jangan follow, jangan tengok dan jangan komen. Michael memuat naik komen balas dengan netizen tersebut. "Sebab kalau kau seorang Islam yang baik, kau takkan buat atau tulis apa yang kau cakap! Ini adalah kehidupan saya dan antara saya dengan Allah. "Kau cakap kau Islam. Terang-terang cakap tak follow aku bila tengok IG sah-sah kau follow aku! Penipu juga kau ini! Daripada gambar tu, aku rasa kau ni lagi dosa besar! Penipu!" katanya. Pengarah dan pelakon drama Sweet Dreams ini turut memuat naik paparan skrin komen individu itu yang memintanya untuk memadam foto yang menampakkan aurat di Instagram. Enggan berdiam diri, Michael dilihat saling membalas komen dengan individu yang menggunakan akaun bernama Redhaquitar itu. Aku post ini sebab orang macam ni la bagi nama buruk pada Islam. MICHAEL AND PENGARAH DAN PENERBIT Dalam pada itu, Michael memberitahu tujuan dia berkongsi paparan skrin tersebut kerana menganggap individu tersebut telah mencemarkan agama Islam. "Beribu orang tengok gambar itu, tak seorang pun cakap apa-apa negatif fasal gambar tu. Ada pula manusia penipu ni muncul! "Aku post ini sebab orang macam ni la bagi nama buruk pada Islam. Anda rasa anda lebih baik daripada muslim lain! Geramnya aku!" ujarnya. Menerusi laporan mStar pada 30 April tahun lalu, Michael membuat pengakuan bahawa dia sudah memeluk agama Islam sekitar 2018.