suria

“Spekulasi semata-mata, mungkin faktor emosi orang mengandung” - PU Abu tenang jawab tuduhan isteri kononnya curang lagi

PU Abu menafikan tuduhan kononnya dia berlaku curang terhadap isterinya, Hana Azraa.

PENCETUS Ummah (PU) Abu Sufyan menafikan tuduhan isterinya iaitu Hana Azraa yang mendakwa kononnya dia bermain kayu tiga sewaktu wanita itu sedang hamil.

Menurut PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi, maklumat yang disebarkan isterinya itu adalah spekulasi semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Hana Azraa beri gambaran hamil, PU Abu belum sedia kongsi “InsyaAllah akan beritahu nanti”

ARTIKEL BERKAITAN: “Perampas di sebalik niqab”, isteri PU Abu ‘diserang’, wujud gerakan boikot produk, ceramah

Malah, Abu menyifatkan perbuatan isterinya itu sebagai melulu kerana bertindak berdasarkan emosi ketika hamil.

"Saya mengambil maklum berhubung berita yang viral semalam membabitkan diri dan isteri saya.

Hana memberi bayangan kononnya suaminya PU Abu berlaku curang terhadapnya.

"Apa yang viral itu adalah spekulasi semata-mata dan tidak berdasarkan kenyataan yang sebenar.

"Hakikat yang sebenarnya ialah hal yang melibatkan kecurangan tidak berlaku dan hanyalah salah faham, mungkin faktor emosi orang mengandung," ujarnya kepada mStar.

Tambah Abu, dia juga tidak mengetahui sumber gambar wanita yang dimuat naik isterinya itu malah, dia juga menyifatkan ia sebagai cubaan untuk mengaibkan seseorang.

Sementara itu menerusi kenyataan di Instagram, Abu berkata dia akan menjelaskan situasi sebenar selepas pulang daripada bertugas di Tanah Suci Makkah.

"Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba mengaibkan seseorang.

Hakikat yang sebenarnya ialah hal yang melibatkan kecurangan tidak berlaku dan hanyalah salah faham, mungkin faktor emosi orang mengandung.

HANA AZRAA

ISTERI PU ABU

"Saya kini berada dan bertugas di Makkah dan akan balik ke Malaysia dalam sehari dua ini.

"InshaAllah, saya akan mengeluarkan kenyataan yang akan menjelaskan situasi sebenar berhubung berita viral tersebut," ujarnya pada Ahad.

Dalam pada itu, Abu juga menjelaskan meskipun terpalit pelbagai kontroversi melibatkan kecurangan sebelum ini, namun dia nekad untuk berubah menjadi seseorang yang lebih baik.

"Saya mohon agar pihak media tidak lagi menyiarkan atau membuat susulan berita sehingga saya mengeluarkan kenyataan sebenar (amalkan sikap bertabayyun yakni dapatkan daripada sumber sebenar).

"Berita viral seumpama ini tidak wajar tersiar kerana ia melibatkan maruah dan emosi keluarga banyak pihak (saya dan sebelah keluarga isteri) yang mereka tidak mengetahui latar belakang sepenuhnya isu ini.

Abu menyifatkan tindakan Hana sebagai melulu kerana faktor emosi ketika hamil.

"Kalau MK pun Caprice kata boleh berubah takkan aku tak boleh," katanya.

Terdahulu, isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Hana mendakwa wanita tersebut dipercayai adalah kekasih hati suaminya yang baharu.

"Adakah ini dia? Betapa lovely kekasih hati awak #myhusbandlover #whoisshe #youknowher," tulisnya menerusi ruangan kapsyen Instagram miliknya.

PU Abu, Hana Azraa, curang

Artikel Lain