suria

“Wanita itu dah meninggal dunia… tiada kaitan!” - Hafiz Hamidun tegur individu sebar info palsu wabak koronavirus

Hafiz tegur sikap netizen gemar berkongsi fakta tidak tepat.

PENYANYI Hafiz Hamidun menegur tindakan seorang netizen yang menyebarkan info palsu mengenai penularan wabak koronavirus tanpa menyelidik kesahihan berita terlebih dahulu.

Menurut Hafiz, 36, tindakan individu tersebut berkongsi maklumat tidak tepat hanya akan memburukkan keadaan dan mengundang kebimbangan orang ramai.

"Dah pandai tweet lepas itu nak kata dapat dari kawan pula, lain kali fikir sebelum sebar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya harap orang lupakan kisah saya dan dia” - Hafiz Hamidun tidak serik untuk berkahwin lagi

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia wanita yang sangat 'fun' dan comel” - Hati Hafiz Hamidun kembali berbunga, akui rapat dengan instafamous berstatus janda

"Lepas itu periksalah Twitter selalu semua orang tengah marah kamu sebarkan yang bukan-bukan.

"Wanita tersebut dah meninggal dunia dan tiada kaitan pun dengan virus itu," katanya.

Hafiz Hamidun minta masyarakat lebih peka sebelum berkongsi info di laman sosial.

Penyanyi lagu Kasih Padamu berkongsi pandangannya itu menerusi laman Twitter pada Selasa.

Bersama status tersebut, dia turut mengulang kicau (retweet) rakaman video seorang wanita yang pengsan dengan tiba-tiba di sebuah pasaraya.

"Koronovirus dah merebak dekat Malaysia guys, tapi saya tak tahu dekat mana sebab dapat dari kawan," tulis pengendali tersebut.

Periksalah Twitter selalu... semua orang tengah marah kamu sebarkan yang bukan-bukan!

HAFIZ HAMIDUN

PENYANYI

Perkongsian pemilik akaun itu mengundang pelbagai komen daripada netizen dan rata-ratanya meluahkan kebimbangan terhadap penyebaran wabak penyakit tersebut.

Bagaimanapun, pengguna akaun itu sudah memadam muat naik berkenaan apabila mengetahui maklumat tersebut adalah palsu.

Virus baharu itu yang berasal dari pusat bandar Wuhan telah menyebabkan seramai 82 orang di China meninggal dunia.

Sehingga kini, empat orang disahkan positif virus tersebut di Malaysia.

Hafiz Hamidun, Koronavirus

Artikel Lain