suria

Ika Mustafa syukur bebas koronavirus - “Saya dah trauma nak ke sana”

Ika bersyukur dia bebas daripada dijangkiti koronovirus.

PENYANYI Ika Mustafa meluahkan rasa syukur apabila akhirnya disahkan bebas daripada jangkitan virus koronavirus (2019-nCov).

Menurut Ika, 22, dia dibenarkan pulang ke rumah sebaik sahaja menerima keputusan ujian pengesahan virus berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Ika Mustafa bimbang ibu dan abang tunjuk simptom sama - “Saya harap negatif koronavirus”

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur akhirnya dapat keputusan ujian tersebut yang mengesahkan saya bebas daripada jangkitan virus itu.

Ika memuat naik keputusan ujian pengesahan virus di Instastory.

"Doktor mengesahkan saya hanya mengalami demam biasa sahaja dan tiada kena mengena dengan virus tersebut.

"Selepas tiga hari saya terkurung, akhirnya dapat keluar juga. Sekarang ini, saya perlu berehat saja di rumah," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Ika dikuarantin di Hospital Sungai Buloh (HSB) selepas disyaki dijangki koronavirus sejak Ahad lalu.

Penyanyi lagu Damaikanlah ini memberitahu dia mula ditahan di HSB selepas pulang dari Haikou, China, Sabtu lalu atas urusan kerja.

Ika masih perlu berehat di rumah.

Kata Ika, ketika berada dalam penerbangan ke sana, dia menyedari terdapat seorang penumpang lingkungan 60-an yang mengalami batuk dan selsema teruk.

Dalam pada itu, Ika memberitahu dia tidak sabar untuk pulang dan menikmati makanan seperti biasa.

"Selepas ini, memang saya dah trauma nak ke sana. Tak sanggup dah saya nak terkurung dalam wad.

"Selama tiga hari saya tak ada selera nak makan dan sekarang tak sabar nak makan macam-macam seperti biasa," ujarnya.

Ika Mustafa, Koronovirus

Artikel Lain